Monday, September 22, 2014

Breastfeeding : PowerPumping

Assalamualaikum
tentu ibu2 pernah alami satu masa
susu tiba2 drop...
mungkin masa tu ibu stress bekerja
atau baby tiba2 meragam taknak direct feeding
pernah tak..pernah tak??
hehehe
yana pun pernah alami yang sama
kelima2 anak yana breastfeeding
cumanya..
tak pernah cukup 2 tahun sbb diri sendiri tak cekal..
dan juga kekangan akibat termengandung
hehehe

baby shaklee, Ali Asyraf
gambar hiasan.. si Ali bolat.. anak ke5 yana

ok tips di bawah pastinya dapat membantu ibu2 sekalian..inshAllah
yang penting anda perlulah KONSISTEN dan sabar
POWERPUMPING adalah teknik mengepam untuk stimulate susu
kekerapan mengepam semasa melakukan PP ni membantu memberi isyarat kepada otak bahawa ada permintaan terhadap susu (ceh ape ayat aku skema sangat ni)
senang cerita..nak bagitau otak kita
ada demand untuk susu
ingat balik konsep penyusuan
demand and supply

ok panjang pulak cerita.. so camne cara PP tu?
mudah saja caranya...
Pam selama 10 minit
Rest 10 minit
Pam 10 minit
Rest 10 minit
Lakukan selama 60 minit (1 jam)
pam single, powerpumping 
mungkin ada yang tertanya2
kalau pakai single pum macam mana pula kan..
ha kalau pakai single pam
silalah jadi rajin sikit
Pam sebelah 10 minit
Tukar ke sebelah pula 10 minit
selang seli gitu selama 60 minit
Sampai bila nak buat PowerPumping?
Buatlah konsisten setiap hari selama beberapa minggu (atau bulan)
Lagi2 di awal kelahiran baby, sesetengah ibu takda susu kan.. so cuba lah..
Bila penghasilan susu konsisten dan bertambah, boleh lah stop PP
tapi ingat, Pumping session seperti biasa 2-3jam sekali ok..

Yana juga selalu suggest untuk ibu2 yang tak mampu nak pam dengan kerap semasa bekerja atau siang hari untuk lakukan teknik PP ni. Pada waktu malam hari.. selepas baby tidur..

Selain itu, pengambilan supplemen juga inshaaAllah boleh emmbantu
jika ibu sihat, tak sakit2 badan, tak letih2
susu pun lebih lancar kan...
dan ibu pun mudah nak bangun masa susukan baby atau buat powerpumping..
untuk dapatkan Breastfeeding Set Shaklee, boleh contact yana k

Semoga sharing kali ini memberi manfaat pada ibu2 semua ya

Jika anda mempunyai sebarang masalah penyusuan atau nak dapatkan Supplemen Breastfeeding anda boleh lah Komen di bawah ini atau SMS|Whatsapp|Telegram yana di 012-7470856


Sunday, September 21, 2014

SHaklee US Trip Part 1

hello
assalamualaikum semua
dulu yana janji nak share pasal trip pi US kan..
ha baru kini tertunai janjinya..
ampunnnnnn...

gambo2 ni sume i cilok dari blog en suami di SINI
hehehhee..kalau rajin silalah cekitout blog beliau juga ye..
bawa anak, ali asyraf
kemas barang.. nak bawak adik Ali boleh?? ibu rinduuuu si bolat ini...

kami bertolak ke US  pada 13hb Ogos 2014

posing jap laki bini ni...

ha ni sahabat kami yang kemain hepi ha.. depa cam kami gak pi berdua.. hanimun gak lah tu..hahaha
abang aznin dan kak puteri
transit di Hong Kong kejap
perjalanan ke Los Angeles mengambil masa hampir 20 jam dari KL
perghhh kemain jauh..
yana banyak tido je..
tak sempat ku layan movie dalam flight
oh by the way..
group kami naik flight Cathay Pacific
group SHaklee ada 3 flight semuanya..

LAX
 ni gambar bersama kawan2. masing2 lepak dah..penat nak bawa keluar beg.nak melepasi kastam US yang ketat 

Los Angeles
 sempat lagi kami posing.. mat2 saleh tengokkan aje..hahaha...
JDT, LAX
en adam.. nak juga tayang JDT di sana

Dari LAX kami dibawa ke hotel

 sampai2 je.. Victor dah sambut kami. kasi kalung bunga.. soh pi makan.. memang lapo pun benonya..
Shaklee book satu ballroom khas untuk kami makan. dan semuanya makanan halal.. memang asik makan jelah kerjanya..
makanan yang agak biasa kita makan lah kan.. salmon.. pasta..

 pemandangan dari bilik

 cantik kan bili.. ala2 hanimoon gitu..hahaha.yelah datang pun berdua.. anak2 tak ikut untuk trip kali ni..kebetulan kami dapat bilik tepi..kemain luas..siap ada balkoni lagi..ops.. kami tinggal kat hotel Hilton Long Beach. Eh.. nama je LONG BEACH tapi takda lah pantai cam dalam cite BAY WATCH tu ok..hahha.. jangan pk2 lain... di LA ni..kawasan pelabuhan industri.kot lah..sbb aku nampak banyak2 kren kat tepi laut.


pemandangan lagi.. bersih sangat bandarnya. susah nak nampak sampah sarap

supplemen Shaklee
 eh.. supplemen Shaklee mana boleh tinggal.. pi bermusafir ke negara orang kene lah jaga kesihatan wei..supplemen2 ni yana bawak khas untuk pelawasan.. energy..hilangan sakit2 badan ni..dan elak dari selsema demam segala.
 tengok tu encik adam beranga..hehehe.. sebenarnya tengah tgk tv.. nampak tak coffee maker tu.. tu jelah alatan elektik yang ada.. kalau nak masak air..terpaksa lah guna tu.. eh tapi i bawak heater sendiri (tapi..kat sini electric suply tak sama ngan kita.. depa punya watt lebih rendah..so ku masak air amik masa yang lamaaaa).. kalau korang na senang  beli je water heater kat sana.. tapi pasyu kene tinggal lah.. sbb alatan elektrik kat sana tak sesuai pakai kat malaysia.

goodies bag
masa makan tadi dapat goodies bag untuk convention esok..teruja kan..!
Thanks SHAKLEE bawa kami ke sini..!

part 2? tungguuu...

LYANA MANSOR
 

Thursday, September 11, 2014

Aku nak pindah-part 1

As salam semua
tak tau lah korang tau le tak
aku dah beli rumah
Alhamdulillah
tercapai gak impian
cam biasalah as pegawai kerajaan
beli rumah guna BPP
aku beli rumah second hand je.. 
dulu aku ada cerita nak beli umah Bandar Dato Onn kan..
ha..rumah tu aku booking dah pun..
tup2 ada kawan tunjuk pamplet rumah ni
beli dari ajen
terus lah call ajen.
try je apply loan
masa tu kami fikir.. bagus gak aklau dapat rumah ni.. sbb rumah ni corner lot setingkat
sesuai lah dengan kami beranak ramai ni
yang Dato Onn tu cuma 22x70..
Rumah yang aku beli di terletak di Taman Desa Jaya, Johor Bahru
masa kami pi tengok rumah
orang bujang sedang sewa
jadi..keadaannya sangatlahhhh..hehee.. paham2 jelah kan. 
ok meh layan gambar..


 ni pandangan dari belakang rumah

 
 ni dari depan

ni dari tepi
rumah ni teri jalan dan bukit. so privacy lah sikit..

korang doakan aku cepat pindah k..

Wednesday, September 10, 2014

Meal Shake: Ibu bapa tak usah takut..

PERHATIAN PARA IBU DAN BAPA
bila yana share pasal anak2 minum MEAL SHAKE jadi

1. BERSELERA MAKAN.. selang sejam nak makan.. tengah malam nak makan
-jangan lah ibu2 dan bapa2 takut pulak nak kasi anak meal shake sbb takut asik kene masak je atau takut makanan abis kat dapur

2. ANAK TAKDA SEMBELIT DAH
-eh jangan lah ibu2 dan bapa2 takut nak kasi meal shake sebab takut anak cirit birit pulak nanti. Meal Shake melawaskan sebab mempunyai kandungan fiber yang bagus untuk penghadaman dan pelawasan.

3. BERAT BADAN ANAK MENINGKAT
-no no no.. tak payah takut ye ibu2 dan bapa2..meal shake hanya makanan tambahan.. dan melengkapkan kelopongan nutrisi yang tidak anak dapat dari makanan (mungkin sebab memilih makanan atau cara masak ). Jadi sebenarnya Meal SHake sesuai juga untuk ibu dan bapa TANPA menyebabkan pertambahan berat badan.

4. ANAK SEMAKIN AKTIF
-maaf lah kalau ibu dan bapa penat mengejar anak sana sini.. anak2 dapat sumber PROTEIN yang mencukupi juga MULTIVITAMIN dan FIBER dari meal shake dan makanan.. semoga ibu2 dan bapa2 sekalian yang tak boleh telan pil tergerak hati mendapatkan khasiat MULTIVITAMIN melalui pengambilan meal shake.

5. POKET ANDA SEMAKIN NIPIS
ops... sekali lagi minta maaf ye.. ibu2 dan bapa2 tak dapat claim insurans.. sebab anak2 semakin sihat...! eh.. makin nipis ke makin tebal ni (sebab tak payah bawak anak pi klinik lagi).. kompius mak... hahaha


MEAL SHAKE KINI PROMO
BUY 3 FREE 1
BUY 6 FREE 1
JIMAT KAN....!!!!

yang benar
Lyana Mansor
Your Trusted
Shaklee Independent Distributor
012-7470856

Resipi Tempayaki Mudah

Assalamualaikum
korang suka tak makan tempayaki
i sukaaaa sangattt
1st time makan dulu kat
Tempayaki, Mid Valley
masa zaman belajar
tapi kat JB ni susah nak jumpe
kat AEON KulaiJaya ada satu 

so disebabkan mengidam punya pasal
(tak peknen ok)
so ku gigihkan jua buat sendiri..hehehe

senanggggg lahhhh sangattt
agak2 kalau malas sangat nak masak
masak tempayaki jelah cukup..
 resipi pun mudah dan bahan tak banyak.

RESIPI TEMPAYAKI (untuk dua orang makan)

Bawang goreng:
2 ulas bawang putih
garam
1 sd minyak masak
1sd teh marjerin/ butter

Daging/ayam tempayaki:
Daging/ ayam (kalau guna daging.rebus dulu..tak rebus pun takpa.tapi ku nak cepat)
2 ulas bawang putih cincang
Lada Hitam
soy sos
garam (jika perlu)

sos Worcestershire(jika suka)

Sayur:
1/2 batang lobak merah
20 gram tauge (letak lebih jika suka)
2 batang daun kucai
2 ulas bawang putih
soy sauce
lada hitam
garam (jika perlu)

cara:
1. Hiris nipis bawang putih. Gaulkan dengan garam. dan goreng bersama butter dan minyak sehingga kekuningan.
2. Untuk daging, tumiskan bawang putih di dalam kuali leper (yana pakai satu side kuali ajaib cap ikan) sehingga wangi dan masukkan daging atau ayam. Perisakan dengan soy sauce dan black pepper. Terbalikkan. Perisakan juga satu side lagi.
3. Untuk sayur, sama kaedahnya macam masak daging. Tapi awas..jangan masak terlalu lama..Sekejap sahaja. kasi rangup2 gitu.
4. Hidangkan bersama nasi panas. Tabur bawang putih goreng di atas sayur dan daging.  yummy...!

selamat mencuba..!












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...