Nasi lobak.. | Sembang Lyana

27 Dis 2010

Nasi lobak..

Hari ni aku masak nasi lobak@ nasi carrot..hehehehe

Sebenonye aku dah parut carrot tu nak buat carrot cake..skali tak cukup pulak sukatannye... huhuhuhuh...so aku pun google cari2 resipi..jumpe r reseipi ni kat myresipi...
NASI CARROT@MYRESIPI-->CREDIT TO dalinnasue

Bahan A - dikisar
  • 10 biji cili hijau----------->>>>>>>aku letak 3 biji jek..tak cukup cili
  • 1 sd besar lada putih
  • 1 sd besar jintan manis------>>takde lah pulak..tak letak
  • 5 ulas bawang putih
  • Bahan utk menumis:
  • Buah pelaga, Bunga lawang
  • Bunga cengkih, Kulit kayu manis
  • 4 cawan beras (cuci & toskan)------>>masak 2 pot je
  • 600 gm carrot (di parut)-------->>sebatang carrot je aku guna
  • ½ ekor ayam (potong kecil)-------->aku tak letak aam..aku letak kuib pati ayam
  • 300 gm tomato (potong dadu & campurkan gula batu sedikit)--->takde..tak letak
  • 3 biji bawang besar (di hiris)
  • 4 sd besar minyak sapi--->pakai minyak jagung
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 1 cawan santan
  • garam
  • daun pandan

Cara-cara

  1. Gaulkan carrot bersama beras.
  2. Rebus ayam bersama 3 cawan air.
  3. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan bahan penumis, bahan A, garam, dan biarkan hingga naik bau.
  4. Masukkan stok ayam ngan ayam skali la, santan, tomato dan beras yg digaul bersama carrot. Kacau sebentar. Tutup periuk dan biarkan nasi masak.
mase masak nasi ni pergh baunya..sedap banget... pastu kat umah takde ayam lah pulak nak wat lauk ayam..so masak jelah kari daging...

maaf lah..gambo tak menyelerakan..tapi rasenye memang sedap..try r..


1 ulasan:

komen jangan tak komen...