Surat untuk hati - 2 | Sembang Lyana

30 Dis 2010

Surat untuk hati - 2

Kehadapan sekeping daging bernama hati...

Terima kasih kerana kau sentiasa tabah melalui segala...
menemani aku di saat sukar, derita..
dan sekarang ku hadiahkan kau kelapangan, kedamaian
walau aku tak tahu sampai bila
tapi aku tahu..
kau pasti mampu atasi segala..
kerana sudah kubekalkan dengan segala pengalaman

Duhai hati..

bukan kah telah ku beritahu dulu..
kau past dapat menghadapi masa depanmu
kerana kau kuat seperti aku
nahh....lihatlah kini
hasil perjuangan kita
kau...aku...

Oh hati...

ingatlah..
kesempurnaan bukan segalanya
biarlah sederhana
biarlah berpada
kau perlu jaga ketulenanmu,kemurnianmu, kesetiaanmu, ketaatanmu, kecintaanmu...
kau perlu sentiasa merah
barulah kau kan terus berbunga di bumi ini...

hai hati..
aku sayang kau
dan kau sayang aku
aku perlu kau
dan kau perlu aku
aku adalah kau
dan kau adalah aku
kau...aku.....

yang benar
-Malyana Mansor-

surat untuk hati-1


1 ulasan:

komen jangan tak komen...