Pancake... | Sembang Lyana

21 Mac 2011

Pancake...

As Salam semua dan selamat pagi...

Hari ni rajin skit wat sarapan pagi..slalu makan biskut atau roti jek...
dah lame dah nak try wat pankek...yelah tekak melayu kan..makan lempeng je slalu...resipinye senang sajo dari Yani MyResipi

pankek mini untuk anak2

Bahan-bahan ( 10 biji-mini size )

* * 1 biji telur
* * 3 gula kastor
* * 1 sudu besar minyak jagung
* * 130ml susu segar
* * sedikit esen vanila
* * 150gm tepung gandum
* * 1.5 sudu kecil baking powder

Cara-cara

1. Masukkan telur,gula, dan minyak jagung ke dalam mangkuk. Kacau dengan hand whisk sehingga sebati.
2. Masukkan susu segar dan esen vanila. Kacau lagi.
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
4. Panaskan non-stick fry pan. Masukkan satu sudu besar utk dapatkan mini size atau satu senduk kecil untuk dapatkan size yang lebih besar ke atas fry pan. Bila nampak lubang-lubang, balikkan pancake tadi ke sebelah yg satu lagi. Biar sehingga masak.
5.Buat sampai habis.
6.Boleh dihidangkan bersama madu, butter or jem.
7. * Ada org masuk semua bhn2 tu ke dalam blander. Pastu blend sehingga semua sebati.. so ikut sukalah nak buat cara mana.

(aku masukkan sume pastu aku guna wisk je)

silalah masak...





1 ulasan:

  1. yana, akak blend je semua tuh..heh3x...kalau mkn dgn maple syrup lg sedap akak rs..tp akak pun xtau mn nak cr..heh3x..

    BalasPadam

komen jangan tak komen...