Paras Gula Turun Selepas Mencuba Fiber (pesakit Diabetes) | Sembang Lyana

9 Ogo 2011

Paras Gula Turun Selepas Mencuba Fiber (pesakit Diabetes)

Diabetes merupakan satu penyakit yang sebenarnya tidak boleh dipandang ringan..kerana bagi pengidap diabetes atau kencing manis, pada satu tahap tertentu sekiranya paras gula dalam badan mereka tidak terkawal, ia akan boleh menjejaskan semua organ dan sistem badan seperti kegagalan ginjal, mata, jantung, hati dan pelbagai lagi yang kadangkala boleh membawa maut. Sebab itulah diabetes digelar sebagai "Silent Killer" atau Pembunuh Senyap. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang tanda-tanda dan risiko diabetes di entry selanjutnya yer.

Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:

  • Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
  • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  • Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul.
Kebiasaannya diabetes lebih senang menyerang golongan yang berusia...namun kini golongan muda bahkan kanak-kanak juga ada yang mengidap diabetes disebabkan faktor pemakanan yang tidak sihat.

Sekiranya ada di kalangan ahli keluarga anda mahupun saudara mara atau rakan-rakan yang mengidap diabetes, anda bolehlah syorkan beberapa produk Shaklee yang boleh membantu mengurangkan tahap gula dalam darah pesakit. InsyaAllah!

Produk Shaklee yang disyorkan untuk pesakit diabetes:-
  1. Fiber Plan Unflavoured - serat semulajadi tanpa perisa. Untuk mengelakkan sembelit, menyerap semua gula yang berlebihan (pesakit diabetes), lemak dan kolesterol yang tidak diperlukan badan untuk disingkirkan melalui perkumuhan. Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
  2. B-Complex - menukarkan gula berlebihan dalam badan kepada tenaga.
  3. Zinc - menggalakkan pengeluaran insulin serta membantu menyembuhkan luka.
  4. Vitamin C - diperlukan untuk proses penyembuhan luka. Luka lambat sembuh tanpa vitamin C.
  5. Vita-Lea - multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh memandangkan pesakit diabetes perlu mengawal jumlah makanan harian.
  6. Performance Drink - membantu mengawal tahap glukosa dalam badan pada tahap normal dan seimbang seperti yang diperlukan oleh badan.


Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad, anda boleh dapatkan Pakej Mini Diabetes iaitu RM296 (WM) / RM316 (EM) seperti berikut:-
  • Set A (Vita-lea, B-Complex & Vitamin C) - RM75 [Fullpack: RM188]
  • Add-on 30 biji Zinc - RM10 [Fullpack: RM27]
  • Fiber Plan Unflavoured (1 canister) - RM145 (WM)/RM161 (EM)→ Tiada trial pack kerana ia serbuk!! Boleh tahan hingga 4-5 bulan.
  • Performace Drink (1 canister) - RM66 (WM)/RM70 (EM)→ Tiada trial pack kerana ia serbuk!! Boleh tahan hingga 2-3 bulan.
Namun sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, boleh dapatkan Set Penuh untuk Pakej Diabetes iaitu RM426 (WM) / RM446 (EM) yang lebih menjimatkan!!


Jadual makan vitamin :
1 biji sehari Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C & Zinc (selepas makan)
1/2 sudu teh sehari dicampurkan dalam sejug air atau minuman jus kegemaran.

Tak percaya?? Jom baca testimoni ibu Puan Intan (Pasir Gudang) yang bacaan gula dalam darah beliau turun hanya selepas 3 hari mengamalkan Fiber Plan Unflavoured.

"Mak dan ayah merupakan penghidap diabetes. Namun, paras gula dalam darah mak lebih tinggi berbanding ayah. Dah lama mak saya menghidap sakit ini, iaitu sejak hamil adik saya yang bongsu, berterusan hingga sekarang. Kedua-duanya bergantung kepada ubat. Bermakna ianya masih terkawal kerana masih mampu bergantung pada ubat dan belum lagi suntikan insulin. Mungkin berkat mak dan ayah menjaga pemakanan mereka sehari-hari. Ketika menjalani pemeriksaan bakal Haji, mak saya didapati paras kolesterol mak saya juga melebihi tahap yang sepatutnya. Mak telah dinasihati mengambil pula ubat mengawal kolesterol.

Namun saya terfikir, alangkah baiknya kalau mak dan ayah tidak bergantung lagi kepada ubat kencing manis itu atau paling tidak mengurangkan dosnya.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membelikan ini sebagai bekalan untuk mak dan ayah.....
Performance Drink dan Fibre Plan Unflavoured dari Shaklee...


Minuman Fiber ini merupakan serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa dan kaya dengan Vitamin C. Setiap hidangan Fiber Plan ini mengandungi 4 g serat larut air. Ianya juga dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol serta dapat memperbaiki kesihatan jantung.

Sudah 3 hari mak dan ayah mengamalkan meminum Fiber ini setiap pagi sebelum mengambil sarapan. Hari ini, sepulangnya saya dari sekolah tadi, mak memberikan saya khabar gembira.

"Tadi mak check darah, gula mak turun 4.6!!! Selalunya paling rendah pun mak dapat 7 atau 8, tak pernah dapat sampai macam ni.... " beritahu mak yang nampak gembira sangat dengan paras gula dalam darahnya.
(Mak ayah saya memang ada kit pemeriksaan darah untuk diabetes. Jadi mereka boleh periksa kandungan gula sendiri secara teratur)

SubhanAllah!!!! Saya yang dengar macam nak melompat kesukaan. Alhamdulillah... setelah pelbagai petua, ubatan dan minuman yang mak ayah saya cuba.. akhirnya hari ini dia berjumpa dengan yang sesuai dengannya. Saya memang gembira. Apatah lagi nampaknya tiada kesan sampingan daripada minuman ini. Tenang sikit hati saya bila mengetahui minuman Fiber ini sesuai dengan kedua orang tua saya. Tidaklah saya susah hati mengenangkan keadaan kesihatan mak dan ayah di Mekah nanti.

Satu lagi minuman yang saya bekalkan untuk mak dan ayah saya adalah Shaklee Performance Drink khusus untuk membekalkan mereka tenaga dan mengelakkan dari dehidrasi sewaktu beribadah di Mekah kelak. Semoga mak dan ayah saya dapat melakukan ibadah Haji dengan lebih bertenaga dan sempurna tanpa sebarang halangan... insyaAllah..."

*kredit

Anda berminat dengan produk atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam Lyana,
    saya nak tanya bagaimana boleh saya dapatkan set diabetes sekiranya saya berminat? Saya menetap siSingapura. Berapakah kos penghataran & product? Harap dapat balas comment saya ni. Thanks. roszeeshah@gmail.com

    BalasPadam
  3. Hello there! This is kind of off topic but I need some guidance from an established blog.

    Is it difficult to set up your own blog? I'm not very techincal but I can figure things out pretty fast. I'm thinking about making my own
    but I'm not sure where to begin. Do you have any points or suggestions? Thanks

    Here is my site - garbage disposal troubleshooting

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Assalammualaikum puan, puan boleh email saya di lyana_um@yahoo.com atau call/sms/whatsapp ke no 012-7470856 atau boleh add saya di fb: lyana mansor

      Padam

komen jangan tak komen...