Sembang Lyana: Mac 2011

23 Mac 2011

Anak-anak ibu sayang.....

As salam semua...

Jom kite cerita perihal kanak-kanak ini...


nama beliau Ainul Mardhiah...Ahad ini 27Mac berusia genap 3 tahun..sudah sgt petah bercakap..ayat feveret beliau antaranya:
  • ibu..tengok tu adik buat ape tu...!!!
  • yeke ibu tengah masak?
  • ibu..kakak nak tolong buat kerja...
  • ayah mane? angah mane? baby mane?
  • ibu..kakak nak pegi sekolah....
setakat ini beliau sudah pandai mengira..tapi lom pandai campur dan tolak lagi...abc dan alif ba ta hafal lagu sahaja..hahaha...tapi beliau sudah tahu bunyikan beberapa huruf yang mudah seperti s, m, n, a, i, u sebab beliau belajar dari cd bacalah anakku...

gambar di atas menunjukkan beliau sedang merabakkan langsir ibu beliau yang telah beliau potong dahulu...ibu beliau sudah tidak berdaya nak halang sebab beliau dan adik beliau sangat hepi main cak-cak kat lubang tu...

nama beliau pula Ayra Maria..beliau adalah anak ke dua..yang paling manja dan yang paling kelakar dan yang paling menarik perhatian di mana2 saja beliau pergi kerana mata beliau yang bulat seperti heliza AF itu dan kekatikkan beliau yang comel...beliau lahir pada 29ogos2009..

beliau adalah sgt jeles kalo ibu atau ayah beliau melayan kakak atau adik beliau...jadi beliau pun nak join sekali...beliau juga seorang yang agak garang dan mempunyai daya gigitan setaraf dracula...

perkataan-perkataan yang selalu beliau lontarkan selalunya bermula dari huruf A antaranya... ayem, atok, ayah, abu, adong, ate, angan, ambut,aby dan yang berkaitan dengannya....

gambar di atas adalah bukti beliau sangat penat bermain cak-cak di langsir bersama kakak beliau serta penat "mengemas rumah"


yang bongsu ini pula namanya Muhammad Aidil Adam..beliau berumur 4 bulan dan lahir pada 29nov2010..beliau adalah sangat bulat...bukan setakat muka..malah mata juga seperti kakak beliau yang ke 2..hobi beliau adalah menghisap jari(pening kepala ibu beliau dengan perihal beliau yang satu ni) beliau juga suka meniarap sehingga beliau penat..beliau juga suka menonton TV..jika beliau menangis, ibu beliau akan membedung beliau dan dengan automatik beliau akan senyap sebab terasa seperti di dalam perot ibu beliau suatu ketika dahulu...

gambar di atas adalah rakaman saat-saat beliau tak control macho...beliau adalah sangat hepi diagah-agah oleh ibu beliau dan didukung oleh ayah beliau...

Terima kasih kepada vitamin B-Complex sebab memberi extra energy kepada ibu beliau-beliau ini untuk terus beraksi sebagai SUPERMOM....!!!!! hahahahahha (perasan ok...)




22 Mac 2011

Kenapa aku amik supplement Shaklee???

As salam semua...

Saje nak cite tajuk ni..

Sudah seminggu lebih aku consume supplement shaklee ni..antara perubahan yang aku rasa..
  • lebih bersemangat dan kurang letih..selalu siang2 rase mengantuk je..skrg tak lagi..
  • susu memang lebih pekat skit r dari biasa...
  • bila pam lancar je susu keluar
  • proses perkumuhan lebih lancar..
  • tak selsema makan cencalok (udang kan......aku kan ade resdung) hehhehehe....
  • kurang bersin waktu pagi..
  • selalu haus..
oh..berbalik pada tajuk...

kenapa aku amik supplement shaklee???


terus terang aku katekan..aku bukanlah pemakan yang seimbang..(haha..ape punye ayat ni???).. kadang-kadang je aku masak sayur..kalo rajin...dah takde fiber dalam diet..kalo makan sayur pun kat sekolah je..so aku gantikan dengan alfafa...kalo ade duit lebih nanti leh pulak beli fiber shaklee..

aku juga kurang minum aie kosong..bukan sebab malas nak pi toilet..tapi kadang2 kite terlupa kan..sbb rase tak haus...tapi bila aku consume supplement shaklee ni memang selalu haus..so kalo dah haus tu automatik rase nak minum lah kan...jadi susu pun makin banyak terhasil (sebab badan cukup air)...dan penyerapan vitamin dan mineral pun lebih sempurna (terutama vitamin2 yg larut air seperti vitamin C dan b-complex)

haa...sebut pasal B-complex ni kan..sebelum ni aku selalu dimomokkan dengan cerita2 yang mengatakan makan B-comp ni leh menggemukkan...tapi tau tak korang..sebenarnya b-complex ni lah antara vitamin yg paling penting untuk kuruskan badan...kenapa? sebab..selain tugasnya untuk menukarkan karbohidrat kepada tenaga (So kite akan bertenaga je sepanjang hari..) b-complex juga boleh melancarkan penghadaman dan menstabilkan metabolisme badan... selain tu juga ia akan menyihatkan sistem saraf kite..sebab tu lah kite akan jadi lebih peka, bertenaga dan kurang stress..memang tak tipu..aku kurang marah2 sekarang dengan anak2 walaupun dorang wat tsunami kat umah...sgt sesuai untuk aku yang selalu tensen ngan pelajar dan anak2..

vit c pulak aku amik sebab imuniti badan aku ni lemah..memang setiap pagi aku akan bersin...dan elergik makan makanan laut selain ikan...alhamdulillah sekarang dah kurang skit...

cukup ke ape yang aku makan sehari-harian??? aku rase TAK...! dah lah tak cukup makanan seimbang, vitamin2 gak mudah musnah mase kite masak, kopek kulit, basuh dll...sebab tu aku perlukan supplement Shaklee...

kenapa Shaklee???

sebab supplemnt shaklee didapati dari badan semulajadi...bukan sintetik okey... buktinya, dalam botol supplement takde pun silica gel...

ok ngantok dah...nite sume

jangan lupa dapatkan supplement shaklee







21 Mac 2011

Burung Ape???????


Burung ape ni ye??? hehehhee.... softies ni aku buat minggu lepas...tapi asik tergendala je nak siapkan..so makan semalam baru aku siapkan...jahit butang untuk mata sume..softies ni untuk anak2 peluk2..kecik je..tak r besar sgt....

senang je buat..potong r pattern ape2 korang nak..bunga ke..love ke..burung ke...ape2 r...jahit along the seams, masukkan fiber...blind shitch bukaan, dan jahit lah hiasan2 kat atas softies tu... kalo banyak sgt mende hiasan nak buat silalah jahit sebelum korang cantum kain ok...

caw cin caw...!




Pancake...

As Salam semua dan selamat pagi...

Hari ni rajin skit wat sarapan pagi..slalu makan biskut atau roti jek...
dah lame dah nak try wat pankek...yelah tekak melayu kan..makan lempeng je slalu...resipinye senang sajo dari Yani MyResipi

pankek mini untuk anak2

Bahan-bahan ( 10 biji-mini size )

* * 1 biji telur
* * 3 gula kastor
* * 1 sudu besar minyak jagung
* * 130ml susu segar
* * sedikit esen vanila
* * 150gm tepung gandum
* * 1.5 sudu kecil baking powder

Cara-cara

1. Masukkan telur,gula, dan minyak jagung ke dalam mangkuk. Kacau dengan hand whisk sehingga sebati.
2. Masukkan susu segar dan esen vanila. Kacau lagi.
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
4. Panaskan non-stick fry pan. Masukkan satu sudu besar utk dapatkan mini size atau satu senduk kecil untuk dapatkan size yang lebih besar ke atas fry pan. Bila nampak lubang-lubang, balikkan pancake tadi ke sebelah yg satu lagi. Biar sehingga masak.
5.Buat sampai habis.
6.Boleh dihidangkan bersama madu, butter or jem.
7. * Ada org masuk semua bhn2 tu ke dalam blander. Pastu blend sehingga semua sebati.. so ikut sukalah nak buat cara mana.

(aku masukkan sume pastu aku guna wisk je)

silalah masak...





20 Mac 2011

ENTRY BASI

anak ini adalah Tasnim...puteri Chem ... Chem tempah baju pinafore ni..dah lame dah tgk gambar tasmin pakai baju stoberi ni... Thanks Chem... Harap Tasnim suke...


alahai comeynye tasmin...gebus u......sorilah auntie takde butang comel2 lah tasnim..



Benarkah set B Shaklee berkesan

Credit to kak N

Ini adalah entry salah seorang customer ibu dan kini telah menjadi pengguna tegar Shaklee serta berkongsi trial pack dengan semua teman-temannya. Beliau mempunyai anak kembar yang sangat comel. Ikuti cerita beliau.

Credit to Ina

Alhamdulillah saya masih lagi meneruskan penyususuan susu ibu sehinggalah Amna dan Anis berusia 17bulan.Saya tidak menetapkan sesuatu tempoh ianya mesti berakhir sehingga bila kerana saya selalu berdoa"Ya Allah kurniakan kepadaku kekuatan untuk menyusukan anak-anakku selama yang mungkin kerana setiap yang berlaku hanyalah dengan izinmu,Ya Allah permudahkanlah segala urusan hidup kami dan berkatilah kami dengan Rahmat dan Kasih Sayangmu..

Bagaimana saya begitu percaya dengan Shaklee?
Bermula pada thn 2009 Sewaktu kandungan saya berusia 5 bulan saya saja-saja mencuba 1 tin ESP sebelum ditukarkan kepada canister)kerana kesian pada seorang kwn bersungguh-sungguh bercerita tentang ESP sehinggalah saya melahirkan Amna &Anis.Alhamdulillah kesan ESP 1 tin itu kulit mereka cukup bersih dan gebu..saya mula terfikir bagimanalah rupanya jika bertin-tin ESP masih diteruskan pengambilannya semasa saya menyusu pulak.mesti orang akan bertanya Amna&Anis ikut siapa yer sebab saya tidak segebu mereka...hehe


Bagaimana Set B dan ESP membantu penyusuan saya?
Setelah melahirkan Amna&Anis saya tidak tahu rupanya ESP yang saya pernah minum dapat membantu memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu hinngalah apabila Amna&Anis berusia 16 bulan susu saya makan berkurang sehingga 2 0z setiap sesi perahan.Saya takut dan risau kerana ramai ibu yang tidak dapat meneruskan penyusuan apabila anak sudah mula makan.

Bagaimana saya menemui harapan untuk dapatkan semula 9 oz setiap sesi?
Saya berusaha mencari Info bagaimana untuk menambahan susu perahan saya.Saya masih mengepam secara konsisten,tapi apa yang berlaku saya cepat panik bila saya hanya mampu bawa pulang 3-4oz setiap hari untuk keperluan amna&anis.Saya jadi seorang yang cepat stress bila seminggu susu saya drop.Alhamdulillah bertemu kak N bercerita tentang Shaklee apa vitamin yang boleh kurangkan stress dan tambahkan susu,berkenalan pulak dengan kak Nadia berkongsi cerita dan Tips bagaimana kak Nadia berjaya.Terima Kasih Kak N dan Nadia..semoga ada ganjaran dari Allah SWT dan setiap usaha dan perkara baik yang kalian lakukan diberkati Allah SWT...

Apa hasilnya selepas seminggu mencuba Set B dan ESP?
Saya akui memang saya mengharapkan kesan serta merta setelah saya mencuba Shaklee.Tapi Allah SWT ingin melihat saya bagaimana perlu dan pentingnya sifat sabar.Saya belum nampak sebarang peningkatan.Siapa yang saya cari?Saya sms kak N "Salam Kn dah 8 hari makan Set B cuma susu masih belum nampak perubahan".Saya sms pula kak Nadiah.Salam kak.saya nak tanya camna cara kak ambil vitamin dah 8 hari makan set B tapi tak nampak perubahan .Jawapan kak N,Ina ada orang makan 2 weeks baru ada kesan yang ketara,jadi kena istiqamah ya.Akak doakan ina berjaya dapatkan amount yang dihajati.Kak Nadiah pula emailkan saya penerangan yang cukup panjang lebar(.Nanti saya kongsikan yer..boleh ke kak Nadiah? )Kesimpulannya sabar,istiqamah dan banyakkan doa

Selepas 12 hari....
Susu perahan 10 am = 4 oz




Susu perahan 3 pm = 9 oz




Susu perahan 11.10 pm = 10 oz

Apa kata kak N: Tahniah,itulah berkat kesabaran
Saya berusaha,bersabar,dan saya perlu istiqamah dan teruskan berdoa..Saya juga ingin berkongsi dan bersedia untuk membantu anda





Sesungguhnya mereka yang berjaya adalah mereka yang melaksanakan 3 perkara yang selalu ibu ingatkan iaitu :
1. Sesi perahan yang konsisten iaitu perah setiap 3 jam.

2. Minum minima 3 liter air sehari. Perlu ada satu indicator memastikan pengambilan air yang cukup.

3. DOA yang berterusan. Ini adalah untuk kepentingan rohani. Roh yang sakit adalah ROH yang sentiasa tidak sabar, pemarah, merungut, tidak redha dengan aturan ALLAH serta TIDAK YAKIN dengan ALLAH. Maka DOA ini bukan sekadar menadah tangan ke langit dan meminta...ia perlulah dengan iringan solat sunat, zikrullah serta amalan2 yang baik. Renung2kanlah.



19 Mac 2011

Kite tak kenal awak lah...!!!!!

LOKASI: tangga tepi rumah aku
MASA: 12 tengahari
HARI:Semalam

AINUL: babai kawan....(melambai kat sorang budak lelaki umo dalam 4-5 tahun..sambil
turun tangga..nak pi umah nenek)

BUDAK LELAKI:eeee...kite tak kenal awak lah...!

erkk....muahahaa...terkedu ayah dah ibu...lawak btol scene ni taw....pastu ainul wat muke kompius...

Ainul adalah sgt suka berkawan..kalao ade kanak2 lain ngan main die nak je join...ni 1st time kejadian camni berlaku..kekeke..agaknye sbb budak lelalki tu tgh berjalan2 ngan kawan2 die kan..so kalo kene tegur ngan girl jatuh r air muka..ala2 kene ngurat gitu..muahaaha







17 Mac 2011

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah


1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5) P seterusnya mewakili 'persefahaman'. Perlu diingat persefahaman ni bukan wujud semulajadi.Ia perlu dipupuk dan dibina sepanjang perkahwinan. Sgtlah sedih bila ada pasangan bercerai atas alasan tiada persefahaman..huhuhu

6) P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga

7) Satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. Haishhh...nampaknye bila anak2 dah besarlah baru leh wat camni kan..hehehhe

8) P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri
  • surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga




14 Mac 2011

Bantal untuk Ainul...

As salam kawan-kawan...

Malam tadi aku telah bersengkang mata membuat bantal untuk Ainul... Buat sebab tangan ni dah gatal sgt nak menjahit...but this bantal made out of flannel bukan felt...sebab aku belum ade stok felt, yet...(ade hati tu nak berfelt craft gak)... tapi pakai flannel pun dah ok... lembut jek..So inilah bantalnye..

Jeng..jeng..jeng....en.Adam kate cam bantal beli kat IKEA...tipu kan..mane de IKEA jual bantal camni...kahhh...ni costum made taw...!

Details...huruf2 ni dibuat dari fleece, kain lebih buat cloth cover anak-anak... Kain hitam belakang tu dari selimut flannel tebal yang aku dah potong untuk layer cloth pad... dan bunga2 tepi tu adelah kain jeans, kene potong untul alter jeans panjang..kekekkee...kain maroon tu pun adalah selimut flannel tebal....

dah kene lenyek oleh empunya bantal

baru bangun tido, ternampak bantal terus cakap die pun..kekekeke...seb baik memang die punye..kalo tak perasantan jelah..hahahhaha..pasni nak buat untuk ayra pulak..



12 Mac 2011

Apa itu Healing Crisis??

Penah tak korang makan makanan kesihatan, then rase pelik sedangkan matlamat pengambilan makanan kesihatan ni untuk meningkatkan tahap kesihatan? Haaa..itu namanya Healing Crisis/ Krisi Penyembuhan.

credit to kak cery

apa kata kita baca apa yang ditulis oleh MommyLyna tentang tajuk ni...

Di samping mereka yang merasai perubahan selepas mengambil supplement natural Shaklee ini, ada juga yang merasakan tiada kesan terhadap diri mereka. Apakah benar bahawa supplement tersebut tidak sesuai dengan tubuh mereka?Tubuh kita terbina dari pelbagai bahan termasuk vitamin dan mineral. Biasanya kita mendapat bekalan vitamin dan mineral dari pemakanan dan persekitaran, misalnya vitamin C dari buah dan vitamin D dari cahaya matahari. Namun disebabkan beberapa faktor, kebanyakan vitamin dari sumber tersebut tidak dapat membekalkan keperluan tubuh kita yang secukupnya. Oleh itu kita perlu vitamin.


Vitamin & mineral Shaklee adalah diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita makan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi.Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin? Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:

1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, etc. bila mengambil supplement Shaklee

2. Yang merasakan tiada apa2 perubahan terhadap dirinya

3. Yang mengalami masalah seperti ruam2, gatal2 dan sebagainya.

Penerangan:

Golongan (1) adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.

Golongan (2) adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu.

Golongan (3) adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu Shaklee. Pengambilan makanan bernutrisi tinggi (dalam kes ini, vitamin/mineral Shaklee) membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya. Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement.

Bagaimana cara untuk mengurangkan kesan healing crisis? Seperti tangki di atas, bila nak kurangkan nampak kotor kelodak dan karat yang keluar, kita alirkan air yang banyak agar ia cair. Begitulah juga dengan healing crisis. Perlu tambah kuantiti air yang diambil. Supaya kesan healing crisis dapat diatasi.Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan/healing crisis. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan Shaklee. Malah ia adalah petanda yang bagus.

Bagi yana pulak..sejak makan set breastfeeding ni, effect awal adalah, ceri beri..hehehe... en.somi kate banyak toksik dalam badan ni...so kene r detox dulu... Selepas ni pasti vitamin dan mineral yang dimakan mudah diserap..kan..kan...


5 Mac 2011

Yeah...Bucket bag dah siap...

Hoyeahhhhh...sudah siap my Bucket Bag....lega rasenya...takut tak terkejar deadline...

one side of the bag...

the flower...

the other side...

the other flower..

yup...it is reversible....tapi tak bace sampai habis instruction jadilah ade 2 bunga tu..huhuuhuh....ok lah tu kan..

owh..actually strap tu bukan kaler itam eh...kaler dark brown..disebabkan ketiadaan kamera..so cam biase lah amik gambo pakai webcam..hehehehe...

semasa menyiapkan beg ni..rase was2 juga boleh ke aku jahit binding ni..huhuhuhu....tapi seb baik lah jadi jugak...

ni boleh bawak pi sekolah ni isnin nanti..hoyeahhh...bag baru..best2...
(rase gembira....)


Sew Along Progress





4th week's assignment done...actually dah lame..but cannot proceed with the next step due to my beeziiiiness...hukhukhuk...



1 Mac 2011

Susu oh susu...

As Salam kawan2...

Pagi2 buta ni aku tak tido2 lagi sebab tengah pam susu..hehehe

Hari ni hari 1st aku mengajar setelah cuti bersalin 3 bulan...ohhh...sgttttt lame...

agak terkial2 juga aku tadi sebab memang takde persediaan p&p langsung... BRM pun dapat beberapa minit sebelum masuk kelas..hhuhh...

Ni hari pertama juga aku hantar Aidil untuk dijaga oleh Ucu... dan aku bekalkan 12oz susu.. sebelum ni Aidil minum 3oz je kalo aku bagi dalam botol...rupe2nye tak cukup 12oz tu...

Haishhhh...bila si kecik makin kuat minum susu, ibu yang resah gelisah..sebabnya..susu dalam peti ais tak banyak dah..cukup untuk 2 hari jek..kahhh

oh..sebab tu lah ibu lom tidur ni..sebab nak memerh susu untk bekalan Aidil...

Tadi kat sekolah dapat 7oz je..rase boleh dapat lagi banyak..tapi aku tak sempat nak pam lagi sebab ade kelas...huhuhuu...

Susu oh susu..keluarlah banyak2...

(pengajaran untuk orang malas)