Sembang Lyana: April 2011

29 Apr 2011

jon kite try knitting pulak...!

jeng..jeng..jeng...tgk ape yang aku beli semalam..buku kait jarum dua, jarum dan yarn..

seronok sgt nak belajar..tapi baca buku tak berapa faham lah..huhuhuhu...so apelagi..google jelah kan...so jumpe blog ni...

tutorial tuesday: double cast on

oh tu baru satu stitch..ade banyak lagi..jom kite belajar same2...agak senang r..tapi memang kene sabar...






28 Apr 2011

Kepentingan b-complex untuk ibu yang sibuk macam i..hehehe....

As Salam semua...

Dah lama tak tulis kan..sgt bz...hahaha...

Kan aku dah habaq ade sukantara kat sekolah kan...dan isnin hingga rabu semalam jadual aku adalah 7.00 pagi (keluar rumah)-7.30 malam(balik rumah)...

fengsan...!!!!!!!!!! (sape ntah capat jadi cikgu ni senang...huhuuhh...)

bukan nak merungut ok,..,.tapi nak kongsi ngan korang...secara jujurnya memang penat..

6 pagi..bangun,mandi, solat, pam susu....

7pagi dah gerak pi sekolah...sukantara sampai kol 10pagi..selalunya habis cepat..tapi guru dan student still kene tunggu sampai kol 10 pagi baru leh naik dari padang...makan..pam susu..

12.30 sesi petang dah mula...start mengajar...paling penat bila ada kelas masakan..student adalah sgttttt suka memasak dan makan..tapi sgt malassssssssss mengemas dan membasuh..huhuhuhu....selalunya waktu petang ni sempat sekali je pam susu..

7.00 balik...naik motor

7.30 sampai rumah...uruskan anak...

bz kan...tapi alhamdulillah berkat amik vitamin b-complex ni, aku masih bertahan lagi..badan pun takde lah sakit2 dan sentiasa bertenaga...susu pun alhamdulillah bertambah banyak dari minggu lepas..sehari aku akan makan 2 biji vitamin b-complex pada waktu pagi...bagus untuk metabolisma kaborhidrat menjadi tenaga...

dulu sebelum kenal shaklee memang liat sgt2 sgt makan b-complex ni sebab takut gemok (slalu org cakap leh menggemokkan)..haihhh..macam2 lah..tapi meh bace tentang b-complex...


Apakah makanan yang mengandungi zat B sebenarnya?
Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B.
Apakah B Complex ?
B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin(B-3),pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.
Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?
Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untukmengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.
Apa kelebihan vitamin B complex Shaklee?

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :
§ Sistem penyerapan bioaktif berpaten
§ Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
§ Peningkatan penghantaran zat
§ Tablet mudah ditelan
Siapa sebenarnya yang perlu B complex?
Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang
· Terdedah kepada sinaran matahari
· Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
· Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
· Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
· Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
· Mereka yang nak nampak cantik dan muda
· · Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
· · Wanita yang mengambil pil perancang
Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex...

B-Complex menggemukkan??
Best Vitamins for Weight Reduction
The body’s weight-control or weight-related functions – like appetite, hunger, metabolic rate, metabolism of fats and sugars, calorie-burning, and so on – operate more efficiently with an optimum intake of vitamins. All of them play a part in maintaining optimum health and weight, and many operate together, so it’s not really accurate to single out certain vitamins as being “best” for weight loss. That said, certain vitamins are worth a special mention.The most important vitamins and minerals for weight loss are: Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Choline (part of B-complex), Inositol (part of B-complex), and Vitamin C



kredit to kak cery
So marilah kita sama2 jadi supermom dengan b-complex..hehhehehe


Cuma SMS atau call 012-7470856 atau email ke lyana_um@yahoo.com









25 Apr 2011

*Hidup*

Kala malam membelah kedinginan
terasa kesakitan
di celah parut-parut kenangan

ketika bola waktu terus bergolek
meninggalkan aku jauh dari dia..

dan di penjuru sana
aku temui
kehidupan hakiki

*feeling di pagi2 buta ok...hahhahaha....RINDU IBU..al-fatihah

oh sangat sibuk beberapa hari ni..Isnin, Selasa,Rabu akan ada sukantara di sekolah.. so kene datang dari pagi sampai petang....dan aku akan jadi pengadil lontar peluru..huhuh...semoga rumah sukan Perdana dapat collect banyak mata...


Untuk pesanan Trial Pack Shaklee, jangan lupa ye SMS /call ke 012-7470856 atau emailkan ke lyana_um@yahoo.com


24 Apr 2011

Nak mesin jahit baru.....!!

As Salam semua..

dah berapa hari ni asik pk nak beli mesin jahit baru je..oh jangan salah faham..mesin jahit lama tu tak rosak..elok je lagi..leh guna....

sekarang aku pakai mesin ni..yang telah diinstall motor
Mesin hitamni pun nenek aku punye..dan beliau bagi pada aku...kire turun temurun lah kan..hehhehe....sgt berjasa ok...

tapi nakkkkkkk sgt mesin camniatau camni...


mesin yang boleh jahit macam2 jahitan...bukan setakat jahit lurus...haishhh macam2 projek dlm pale otak ni bile ade mesin baru nanti taw...

haishhhh..bilelah leh dapat ni.....insyaallah akan ku usahakan....

kawan2 tolong doakan ye..








22 Apr 2011

Memahami konsep penyusuan susuibu dalam konteks yang lebih mudah

Credit to Kak N

Orang selalu kata, kalau nak jimat, masak di rumah. Beras kalau tidak ditanak manakan bertukar menjadi nasi. Berapa banyak nasi yang kita mahu maka tahu lah kita mengagak berapa sukat beras yang perlu. Saiz periuk itu juga, bukannya boleh mengembang dan menguncup sesuka kita. Maka jika perlu nasi yang banyak.... jika saiz periuk kita kecil maka perlu lebih kerap beras yang perlu ditanak.

Beras pula, jika mampu beli yang baik tak salah beli yang bagus malah ada yang sanggup belanja untuk membeli beras import untuk dimasak menjadi nasi. Bagi yang kurang berkemampuan, beras biasa menjadi pilihan. Apapun beras ini akan tetap menjadi nasi. Cuma kualiti nasi sahaja yang berbeza.

Periuk...bagi yang mampu pastinya mencari periuk nasi serbaguna. Periuk ini selain memasak nasi, sangat menyenangkan bila nak masak bubur tanpa perlu kita berjaga2 nasi menjadi hangit. Macam-macam fungsi ada. Bagi yang sederhana, periuk nasi elektrik biasa menjadi pilihan. Bagi yang kurang kemampuan, periuk biasa ditanak di atas api dapur. Namun apa pun, tujuannya tetap sama iaitu mahukan beras bertukar menjadi nasi.
Ini cerita mereka yang masak di rumah.

Bagi yang nak cepat dan duit lebih, mereka rasa makan diluar lagi mudah. Dapur tak bersepah dan hidup lebih mudah. Namun ada juga yang sekadar beli lauk di luar dan tanak nasi di rumah. Lebih jimat katanya.

Namun hari ini setelah kesedaran dalam diri timbul, apabila berlaku macam-macam gelagat peniaga seperti meludah dalam nasi sebagai petua pelaris, bayar harga nasi mahal walhal hanya beras biasa....sudah pasti menanak nasi di rumah menjadi pilihan.

Apa yang ibu cuba sampaikan di sini ialah menanak nasi untuk keperluan ialah ibarat menyusukan anak dengan susuibu. Jika kita tidak menanak beras , masakan beras akan bertukar menjadi nasi. Sama dengan keadaan seorang ibu, masakan boleh air dalam tubuh ibu itu akan memancut dengan sendirinya menjadi susu jika tidak dihisap atau diperah? Bila bayi menghisap atau diperah barulah susu akan mengalir keluar. Lebih kerap beras ditanak menjadi nasi maka lebih banyak nasi yang dapat di makan. Maka samalah gambaran apabila lebih kerap bayi disusukan atau lebih banyak sesi perahan,maka lebih banyak susu dihasilkan.

Bercerita tentang jenis beras....beras sendiri mempunyai gred yang tersendiri. Namun mengikut kemampuan individu masing-masing memilih jenis beras apa yang hendak ditukarkan kepada nasi.
Masih ingat zaman ibu kecil....memandangkan kami orang susah ditambah adik beradik saya ramai, adakala beras hancur pilihan terbaik. Namun bila dah besar dan dah ada keluarga, mak saya selalu pesan...jika mampu, belilah beras mahal....belilah sebab sendiri yang nak makan. Jangan berkira kecuali macam mak dulu....tak berkemampuan nak bagi beras yang bagus. Sayu juga bila ingat kata-kata mak....namun memang ada kebenarannya.
Sama dengan susuibu...apa yang ibu makan akan menghasilkan kualiti susu itu sendiri. Memang ada pihak yang menafikan dengan mengatakan susuibu itu semua sama....hakikatnya tidak. Susuibu itu khasiatnya sama. Macam nasi tadi, khasiatnya sama. Namun samakah nasi dari beras mahal dan beras biasa? Tepuk dada tanya selera. Nak hasil yang baik maka perlu beri yang baik. Jaga pemakanan selalu ditekankan supaya susu yang terhasil itu penuh dengan zat khasiat yang diperlukan tanpa menjejaskan kesihatan ibu. Makanlah yang bagus2 agar hasilnya juga bagus.

Pam, adakah beza pam yang mahal atau yang murah? Saya tukarkan dalam konteks tanak nasi tadi....periuk. Adakah sama periuk yang multi-function ,periuk nasi elektrik biasa dan periuk biasa yang ditanak di atas dapur? Kalau yang mampu, pam yang hebat harganya setanding dengan fungsinya pasti menjadi keutamaan. Bagi golongan sederhana, memadai pam yang biasa asal boleh berfungsi. Namun saya cuba gambarkan teknik marmet itu adalah ibarat periuk biasa yang digunakan di atas api untuk menanak nasi. Memang nampak macam sedikit leceh namun hasilnya juga tidak mengecewakan cuma perlukan lebih usaha dan perhatian. Saya beri contoh jika tanak nasi atas dapur api, kita kena selalu berjaga dan beri lebih perhatian supaya nasi tidak hangit. Namun jika kena dengan cara, nasi ini lebih nikmat kerana ada tambahan kasih sayang yang dibubuh tanpa disedari.
Begitulah dengan teknik marmet....nampak macam leceh, tapi bila kena dengan cara yang betul....susu akan mengalir dan LEBIH HEBAT ditambah penuh kasih sayang kerana si ibu tadi memberi lebih perhatian dalam memastikan susu yang keluar masuk ke dalam botol tanpa menitik dan jatuh ke tempat lain.

Bagi mereka yang tidak menyusukan anak adalah ibarat mereka yang membeli nasi dari luar. Tidak salah sebab setiap orang mempunyai kelebihan dan kekangan masing-masing. Setiap orang mendapat taufik hidayah yang berbeza. Bagi yang menyusukan anak dengan susuibu, bersyukurlah kerana kita memiliki peluang keemasan itu. Maka jangan sesekali kita menghina dan mengkritik ibu yang tidak menyusukan anaknya dengan susuibu. Kita mampu berdoa agar mereka ini diberi taufik hidayah untuk menyusukan anak mereka yang seterusnya.

Saya masih ingat sesi pembelajaran bersama arwah abah dulu. Abah suka mengajar dan memberi anologi supaya saya lebih faham atas perkara dan pelajaran baru yang diajarnya. Saya juga setiap hari cuba memikirkan apakah anologi yang dapat saya hasilkan agar teman seperjuangan saya dalam penyusuan lebih berjaya dalam perjuangan mereka. Namun alhamdulillah, makin hari makin ramai yang sedar tentang kebaikan susuibu. Kebaikan susuibu itu ibarat kebaikan menanak nasi dengan tangan sendiri. Pastinya lebih enak dan lebih sihat dan lebih selamat.

Maka harapan saya, penulisan saya ini membantu lebih ramai ibu yang menyusukan anaknya. Ingatlah, masakan mampu kita tukarkan beras kepada nasi jika tidak ditanak? Lebih kerap kita tanak, lebih banyak nasi yang dapat dihasilkan. Kesimpulannya, lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susuibu dihasilkan .

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang kurang itu dari saya.

16 Apr 2011

Jahit sampai fengsan lagi...

Malam tadi bertungkus lumus menjahit rusa nji..kecik je pun..lebih besar skit dr tapak tangan.. mula2 tak sure camno nak jahit..hentam jelah..aku pakai tangan je jahit..past cam lambat beno...kasi tarah ngan mesin jahit terus..kekekeke....ade r skit rupa rusa kan..boleh lah...

nak jahitnye takde r susah sgt..tapoi nak menterbalikkannye lagi2 tang kaki tu jenuh sungguh...huhuhuu...bintik2 kat badan n mata tu aku tampat je pakai glue gun,..hidung je aku jahit ngan benang...sgt puas hati rasenye..(walaupun kaki panjang sebelah kat belakang tu..kekekek)
Comel tak? nama saya Mimi si Rusa..
Jom lumba lari ngan camel...

hehhehe...hepi sgt..







14 Apr 2011

Aidil, Set B dan Pil Kalsium (ostematrix)

As salam dan selamat pagi semua...

Saje buat entry pagi2 ni sebelom pi sekolah (ade latihan rumah sukan..huhuuhuh)

Nak cite pasal Aidil (nanti aidil dah beso leh bace ye nak...)

Aidil sekarang adalah sgt tembun...memang sedap sgt kalau dipeluk...cam bantal pelok lak kan..hehhee...dan badannye adalah keras juga...tulang pun dah kuat sekarang...entry sebelum2 ni aku ade cakap kan Aidil dah guling2...semalam die dah dapat skill baru iaitu bergerak ke depan...agaknye de guna kaedah cuba jaya kot untuk maju ke depan..(haisehhh..masuk term math lak)hahahaha...

oh camner aidil bergerak? beliau bergerak seperti ulat bulu...de akan sondol kepala kedepan..pastu angkat montot, begitulah seterusnya..hasilnya, akan sampailah beliau ke bawah ketusi lah, bawah meja lah...hahahha...pastu menjerit minta tolong..

Aidil gak sekarang ni kalau meniarap suka sgt angkat badan tinggi-tinggi..memang kuat dah tulang die...sgt kuat untuk anak kecil yang baru 4 bulan...alhamdulillah mungkin sbb aku suke makan ciskek kot mase mengandungkan aidil... (aku kan bukan peminum susu)

since aku bukan peminum susu..adalah penting untuk aku consume suppelement calcium ni bukan untuk aku je, untuk aidil gak...die kan dapat sumber kalsium dari aku kan....so sejak hampir seminggu aku start makan ostematrix (cam entry lepas)...

alhamdulillah...malam tu sebelom tido aku makan, bangun pagi subuh tu dah bengkak( walaupun tak bengkak cam mase dalam pantang) bangun pagi pun fresh je rasenye...tadi r rase nak mengeliat nak betol2kan tulang yang longgar2 ni kan...hehhehehehhe

oh..pasal vitamin2 pulak..bukan setakat susu pekat, baby cepat kenyang..malah ade banyak lain kesan yang baik untuk kesihatan...tapi tu nak cite dalam entry lain ok... dah lambat ni nak pi sekolah dah...

Sila call atau sms aku di 012-7470856 kalo nak beli atau kalau ade pertanyaan pasal supplement Shaklee ye...leh gak email di lyana_um@yahoo.com tapi lambat skit lah ye sebab malam baru aku buka email...

JOM INVEST UNTUK KESIHATAN....dan kecantikan..hahahhaa..nak jugak...



13 Apr 2011

Pillow order...

Dah lame tak menjahit..kalau ade pun 1-2pasang baju kurung dan beberapa keping wristlet untuk free gift shaklee..yang selebihnye????

aku sibuk amik tempahan cheesecake...alhamdulillah murah rezeki...pastu order buat bantal juga...moh layan gambo jek...



Couple set untuk hajar dan anip..

bantal untuk robin, order by ika...
order by zaizura..ni bukan bantal ye..ni untuk tampal kat rak ke..nak gantung mane2 ke...

nak tayang..nak tayang...ehheheheh

hahahha..gile riak tajuk entry ni.....

saje je nak kasi gempak..sebenonye nak tayang muka ni ha selepas sebulan makan Set B (Vitalea,Vit C, B complex dan Alfafa)

Untuk korang yang kenal aku sure taw muka aku camne kan..berjerawat..huhuuh...jerawat lak yang jenis simpan dalam tu..yang takde mata..tau2 berbonjol je kat muka...hhuuhuuh...

Tapi Alhamdulillah sejak amalkan Set B ni makin elok kulit..yelah...vit C kan diperlukan untuk pembentukan kolagen..juga untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka...

Juga ada vitamin b5 di dalam vit b complex yang berfungsi untuk menyeimbangkan kelenjar minyak pada kulit..so secara tak langsung mengurangkan kulit berminyak..

oh tak lupa juga ade alfafa yang membantu melancarkn sistem perkumuhan...hehehehe...

muka tanpa make up...
close up..jerawat dah kering....tinggal parut je...tipulah kan kalo takde jerawat langsung..ade r sebji ni ha...tapi kecik..tak cam selalu..

pas tepek bedak, eyeliner, blusher dan lipstik..
mempoyokan diri jap nak posing..hehhehehe..jom pi keje skrg...

haaa....camne?? ni baru amik set B jek taw...lom lagi makan vit E...wahhhh kalo dah makan vit E nanti mesti gebus lagi..hehehehe...(takmo gebus badan..nak gebus kulit..hehhe)

oleh itu..sape kate set B untuk ibu menyusukan sahaja....juga sgt baik untuk kaum2 ibu dan isteri yang berniat nak menjaga kecantikan luar dan dalam.... tak caya? cubalah....

just call atau sms yana do 012-7470856 atau email ke lyana_um@yahoo.com ok...





12 Apr 2011

Kepentingan Kalsium untuk wanita

Credit to kak Hadha

Ostematrix adalah antara vitamin suplemen kegemaran saya. Ostematrix membantu saya maintain production susu semasa menstrual, membantu saya maintain bertenaga di siang hari, penting untuk tulang dan gigi saya (dan icha!), membantu menghilangkan lenguh-lenguh sendi dan sakit pinggang (dengan bantuan Vitamin E) dan banyak lagi. Juga, Ostematrix penting sebab ada masanya saya kurang rajin nak bancuh susu. Hehe.

So, cakap pasal Ostematrix, saya nak kawan-kawan baca dulu artikel kat bawah ni pasal osteoporosis dan kepentingan kalsium kepada wanita.


source : Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2008

HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Sempena sambutan Hari Osteoporosis Sedunia pada 20 Oktober lalu, wanita Malaysia diingatkan untuk menjaga kesihatan tulang mereka bagi menghindari osteoporosis.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang.

“Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Boleh dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis.

Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak.

Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.

Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050.

Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.


Nah! Betapa pentingnya kalsium kan? So, pilihan saya semestinyalah Ostematrix daripada SHAKLEE.

Sedikit info ( shaklee2u website)

Comprehensive, Clinically Proven and Easy to Swallow

Clinically proven Shaklee OsteMatrix provides a unique matrix of critical nutrients that go beyond calcium to build and maintain strong bones and teeth. Consumption of just two caplets of OsteMatrix resulted in statistically significant increase in blood calcium levels as measured over a 12-hour period.

Functions of OsteMatrix: -

1. Help retain normal blood pressure
2. Assist in muscle contraction and nerve transmission.
3. Help reduce PMS symptoms such as bloating, cramps, water retention, irritability and moodiness

4 biji Ostematrix memenuhi keperluan kalsium harian (1000mg) kerana setiap tablet Ostematrix mengandungi 250mg nutrien yang diperlukan. Ostematrix SHAKLEE bukan aje kalsium, malah mengandungi magnesium, Vitamin D, zinc dan banyak lagi.


JOM KITA JAGA KESIHATAN TULANG KITA...kalau berminat jangan lpa call atau sms yana di 012-7470856 atau email je di lyana_um@yahoo.com






Award from Syerah..

1st time gak dpt award (jakun skit)..Thanks Syerah tag aku dalam award ni...syerah ni aku kenal dalam alam maya gak (ramainye kawan alam maya..)kat PCM nun...beliau sebaya ngan aku..tapi de advance skit kawin dan aku advance skit buat anak...harharhar...

here are rules to abide accepting this award:
  1. post linking back to the person that gave you the award
  2. share 7 random things about yourself
7 random tentang aku...

  1. selalu senyum...sampai org tanye..ko takde masalah ke??? aku akan jawab...abis kalo ade masalah takkan nak nangis kot....takde sape nak tolong....
  2. kepochi..memang banyak cakap wei...sesuai gaknye ni kalo jadi peniaga pasar malam...
  3. en somi aku rendah beberapa cm dari aku..orang kate murah rezeki kan..insyaallah..aminnnn
  4. ibu kepada 3 orang anak2 comel yang kecik2..orang sgt tak percaya camne aku handle anak2 ni...(ramai gak org kutuk)
  5. suke buat macam2...aku suka menulis sajak (penah masuk perkampungan penulis muda peringkat kebangsaan dulu taw...tapi tu dulu...hahaha), suke masak2...suke buat kek (mane r tak gomoks), suke menjahit...kalau ade peluang, nak gak belajar mengait.. macam2 r...
  6. aku sekarang adalah gomoks...hari2 orang cakap aku gomoks...aku pk nape org tak cam anak2 dara yang gomoks tu gomoks..kenapa cakap kat aku ibu kepada 3 orang anak ini..ish3..tensen jap...tapi baru sedar..dorang cakap camtu sbb sebelom ni aku tak segomoks ini..hhhahahaa...berat lebih 10kilo dari asal ok..harap maklum...
  7. aku rindu arwah mak aku..alfatihah untuk arwah mak...mak seorang yg sgt taat pada suami, sgt rajin dan pandai meniaga walaupun mak tak pernah bersekolah...mak meninggal sebulan sebelom aku amik SPM akibat kanser..huhuhuh...dulu mase tinggal jauh setiap kali balik kg, musti moksu aku akan nangis tgk aku, sbb muke aku ade iras arwah mak...
3.award 15 recently discovered blogs...rencentl recovered???takde kot..tag jelah ape2 kan...
  1. Kak yies
  2. Nana pcm
  3. ieda
  4. supermommy herda
  5. kak sue
  6. kak ila
  7. kak ati
  8. kak azie
  9. kak iemah
  10. alyn chenta
  11. alyn gebus
  12. kak wil
  13. kak ana
  14. kak el
  15. effa


9 Apr 2011

Tau nak sedapppp jek....

nak cite pasal dak Aidil ni..dah tau nak sedap jek...

nak sedap ape?

nak susu lah ape lagi kan...hehehe...

kat rumah mak usu aku ade lagi beberapa peket EBM yang few weeks lepas punye...Aidil taknak minum ok..sebab??? susu CAIR... de takmo.....!

Akhirnye Aidil minum susu yang fresh baru perah...yang pekat, lemak berkrim, dan berkhasiat... hehehhee....

ini bukan rekaan, tapi kenyataan...hehehe..hakikatnya Aidil nak minum susu yang pekat sahaja...

seb baik makan supplement, susu pun makin berkualiti..alhamdulillah...





Drawing Personality test

Saje je amik test ni...ni gambar yg aku lukis..jom try

drawing personality

What does your drawing say about YOU?

The results of your analysis say:

You tend to pursue many different activities simultaneously. When misfortune does happen, it doesn't actually dishearten you all that much.
You are a direct and forthright person. You like to get to the core of the issue right away, with few signs of hesitation.
You like following the rules and being objective. You are precise and meticulous, and like to evaluate decisions before making them.
You have a sunny, cheerful disposition

95% betul untuk aku..huhuhuuhh




7 Apr 2011

1001 Kegunaan Basic H...

Wahhhh..tadi bukak blog kak Cery terus keluar artikel ni...sgt berguna untuk aku dah u olls semua...esok nak pi beli lah basic H ni...ni sikit je kak cery cite tau..macam2 lagi leh buat ngan basic H ni...

credit to kak cery


Basic H antara best seller di sini..1000 kegunannya.. sungguh... Memandangkan ramai yang beli bulan lepas.. maka disini saya sediakan jadual ringkasan bagaimana anda boleh memanfaatkannya.. tapi ni hanya sebahagian daripada 1000 kegunaannya ya...

BIL

KEGUNAAN

CARA

1.

Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia

Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

2.

Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet

Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

3.

Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet

Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

4.

Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)

Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

5.

Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya

Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus

6.

Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya

Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

7.

Mencuci & membersih lantai serta alat permainan

Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

8.

Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya

Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

9.

Mengasah pisau

Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

10.

Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya

Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


Ketika kecemasan

BIL

KEGUNAAN

CARA

1.

Menghapuskan kutu di atas kepala

Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2.

Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas

Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

3.

Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya

Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

4.

Demam panas (sebelum berjumpa doctor)

Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5.

Sakit gigi

Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6.

Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)

Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

7.

Ulser dan mulut berbau

Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8.

Penyubur tanaman dan penggembur tanah

Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9.

Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya

Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.



Sekilas fakta: Tahukah anda..kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan
.........tapi dengan BASIC H.. anda selamat Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda