Sembang Lyana: Mei 2011

31 Mei 2011

Aidil motak is back....

As salam semua..lame kan aku tak bersiaran..hhhehehe
sebenarnya sebab takda internet connection..hukhukhuk...dan bz memanjang maklum r nak cuti sekolah..sekarang dah cuti lega skit..dok rehat kat umah ngan anak2...takda p mana...dok umah jek...tak balik gawai pun..fulus tak cukup..hahahhaa....kesian en.adam sampai termimpi2 balik kampung 3 hari berturut2...takpe bang..len kali kite balik eh...

nak update paslal aidil..Aidil baru masuk 6 bulan...ibu die ni yang seronok..sebab dah berjaya breastfeed aidil selama ini..(ceh cam lah tak pernah lalui dulu)
..bukan ape..sebab Aidil ni lelaki kan...selalu orang kate baby boy ni kuat minum susu...itu memang aku akui..memang kuat wei..hahaha...lagi2 susu tu sedap, lemak berkrim..hehehhee.....

sekarang ni aidil kalo siang akan minum sehingga 8oz sekali minum...dasatkan.. kalau nenen kejap de...

tapi sedih gak sebab hasrat nak exclusive tanpa campur air masak tak tercapai sebab mak cik yang jage anak2 aku dah kasi aidil makan nestum since 4 bulan dan kasi air masak..huuhuhuhuh....(aku yg beli nestum..sbb sebelum tu de kasi makan biskut marie...hukhuk)

tapi apepun alhamdulillah perkembangan aidil sangat cepat..sama cam kakak ainul dulu...
  1. Aidil dah boleh duduk sendiri..tapi senget lagi r kalo dok sendiri..tapi kalau didudukkan dah tegak...
  2. sangat suka berguling2, menyusur sekeliling rumah..oh ye aidil ni macam nak merangkak...tapi setapak dua die dah jatuhkan diri pastu bangun balik..ala2 ulat bulu lak aku tgk...
  3. pergh...sgt suka tengok kakak2 die bermain..kadang2 pun ikot tergelak (macam lah faham..hehe)
  4. sgt suka bola..
  5. kalo nak tido senang je...kasi nenen sampai kenyang..letak je kat tilam.nanti die golek2 samai tertido...
  6. sgt tinggi dan besar..berat sudah 7.9 mase 5 bulan..6 blan ni lom timbang...tinggi sudah hampir sama ngan kakak Ayra..hahahahha..pampes pun leh pakai saiz L drypers
ok dah..tu je dulu update..meh layan sikit gambar Aidil dan kakak2nye..




24 Mei 2011

Nak buat stok EBM

As Salam semua...

Nak update pasal perjuangan breastfeedingku...

Yana sudah 3 bulan consume supplement Shaklee..Alhamdulillah perjuangan masih berterusan..walaupun susu ada up and down...

Sekarang aku dah rajin skit mengepam...hehehehe..ni lah jadual mengepam aku...

Subuh
Tengahari-sebelum pi keje
Petang-kalau sempat 2 kali..kalo tak sekali jelah
Malam-sebelum tido

Sekarang kalau pam pun dapat 7-8oz setiap sesi..alhamdulillah...ni kes kurang minum air..makan supplement tak ikot jadual..hukhukhuk...

Aku plan nak minum ESP pulak lepas ni...nak rajin2 pam..makan supplement ikut jadual dan minum air kosong banyak2..nak buat stok EBM untuk bulan puasa nanti..insyaallah..kawan2 doakan aku ye....

22 Mei 2011

Perkara yang patut dielakkan untuk berjaya dalam penyusuan

As salam semua..Hari ni aku nak share pasal perkara2 yang perlu dielakkan untuk menjayakan penyusuan susu ibu...sumber dari Kak N melalui kajian beliau dan pengalaman beliau dan customer2 beliau..

1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.
Ramai ibu2 yang baru dalam penyusuan susuibu masih kurang faham bagaimana susuibu dihasilkan. Rata2 yang menjawab mengapa tidak mencuba beri susu badan...alasannya susu tiada. Susuibu akan terhasil bila ada signal melalui hisapan terus (direct feeding) atau perahan (mengepam) yang berterusan. Breast tidak bengkak adalah kerana pemakanan si ibu yang tidak seimbang. Pemakanan yang tinggi kandungan protein membantu susu cepat terhasil dan breast akan cepat bengkak. Ini kerana kandungan utama dalam susuibu adalah protein. Protien sangat perlu untuk pertumbuhan dan pembesaran anak. Jika tak percaya cuba makan telur dengan banyak atau menu yang tinggi protien seperti ayam dan daging. Namun kelemahan yang bakal kita tanggung ialah lemak dari sumber makanan itu boleh menyumbangkan kepada masalah kegemukkan dan kolestrol apabila diambil dalam jumlah yang banyak. Sebab kekangan inilah ibu memilih mengambil supplement seperti ESP dan alfalfa as a booster.
2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais.
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.
Semua kita sedia maklum bahawa minuman berkabornat mengandungi gula yang tinggi, maka kalori dari itu juga tinggi. Untuk seketika ianya mungkin bagus untuk membuatkan si ibu rasa banyak susu yang terhasil namun minuman berkabornat tidak bagus diambil untuk jangka panjang. Ini kerana kandungan gas itu boleh mengganggu sistem penghadaman dan usus kita. Bila si ibu sakit maka pastinya penghasilan susuibu itu sendiri akan terganggu.
Bagaimana pula dengan pengambilan ais? Bagaimana ia dikaitkan dengan penyusuan? Orite, part ini ibu belajar dengan bidan. So ibu terima dengan lojik akal. Masa dalam pantang lagi, bidan pesan jangan minum ais tau, nanti susu susah nak keluar. Kena agaknya? Sebab urat akan mengecut maka pengaliran susu akan terganggu. Tidak kurang juga ramai ibu2 yang selalu mengadu sengal kaki atau sakit2 badan.
Sebab tu kita disarankan minum air suam atau air panas, urat akan mengembang secara langsung pengaliran darah akan lebih lancar.
Air berais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat berbagai penyakit.
3. Pengambilan minuman berkafien.
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.
Tiada kopi tanpa kafein samalah keadaannya dengan tiada susu tanpa lemak. Sebab itu statement yang biasa kita jumpa ialah kopi rendah kafien atau susu rendah lemak.
Tahukah kalian kafien boleh memusnahkan vitamin B dan C yang sedia ada dalam badan kita? Sebab itu ibu2 yang suka minum kopi tak kiralah kononnya rendah kafien tetapi inilah puncanya ibu itu cepat letih dan senang sakit. Sebab vitamin B dan C yang sedia ada termusnah akibat kafien tadi. Memang banyak faktor lain yang memusnahkan vitamin B dan C sebagai contoh bila kita terlalu terdedah dengan matahari, namun ianya boleh dikurangkan dengan pengambilan payung atau pemakaian topi. Tetapi kemusnahan vitamin ini melalui kafien dapat dikurangkan dengan pengambilan minuman kopi itu sendiri.
Ada pihak yang claim kopi sangat bagus untuk tenaga, ya tapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh menggangu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B.
Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan mempunyai mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.
4. Pengambilan supplement khas untuk diet.
Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!
Selain itu, dikhuatiri kandungan dalam pemakanan diet itu boleh mengganggu sistem usus anak. Sebab apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak melalui susuibu.
6. Merungut setiap masa
Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.
Allah sentiasa menyayangi ibu2 yang menyusukan anaknya kerana dah itu yang disarankan...maka sesiapa yang beramal baik pasti mendapat perhatian Allah. Susu berkurang adalah salah satu tanda si ibu kurang berdamping denganNya. Lumrah manusia akan mencari Tuhan apabila dalam kesusahan. Jika susu selalu banyak , manusia mudah alpa dan lama kelamaan akan lahir sifat riak. Ibu sendiri pernah melalui kemerunduman susu tapi sebab bila selalu muhasabah diri maka kita akan pulang ke pangkal jalan. Namun ibu percaya, ibu2 yang sentiasa beramal soleh, mengaji dan mempunyai ruang waktu untukNya, maka nikmat itu sentiasa berkekalan. Zaman sekarang dah terbalik...si ibu punya banyak masa ber FB tetapi tiada masa untuk duduk mengaji. Kita mengadu dengan manusia melalui FB susu merundum walhal mengadu dengan Allah adalah tenpat terbaik kerana dengan izinNya susu itu mengalir, maka dengan izinNya jua susu akan banyak.
Penulisan ibu bukan untuk ditujukan kepada sesiapa namun ini juga mengingatkan ibu sendiri.... jadilah manusia yang sentiasa bersyukur agar Dia akan sentiasa menambahkan nikmatNya pada kita. Amin.
Saya sentiasa mendoakan agar Allah mengampunkan dosa2 ibu yang yang menyusukan anaknya dan semoga Allah memberi keberkatan ke atas setiap rezeki yang kita gunakan untuk menambahkan penghasilan susuibu.
Wassalam.

18 Mei 2011

En.Adam bunuh lipas guna basic H..!

As salam korang...semalam aku dah cite pasal en.adam basuh pinggan dengan basic H kan..hari ni lak cite malam tadi...EN.ADAM BUNUH LIPAS GUNA BASIC H....ayat cam kejam kan..cam seorang pembunuh lak..ehhehee...

Malam tadi en.adam nampak lipas kat dapur..teruslah beliau tuang basic H tu atas lipas tu..maka..terus lah lipas tu nyawa2 lipas dan innalillah...hehehhhee...berkesan kan..so aklo korang nak buat leh r titiskan basic H ke dalam air di dalam semburan dan sembur keliling umah dan ditempat2 yang mungkin ade lipas2 tu..hehehehe...



Strawberry Swissroll dan Cupcakes

As Salam kawan2...

Kalo korang ade kat fb semalam mesti tau aku biat swissroll...1st time ni buat..masa jalan2 kat blog en.mat Gebu terpandang r resipi ni..maka sepantas kilat pi masuk dapur (kebetulan sume bahan ade)..sedap sungguh kek ni..lagi2 dalam tu ade whipping cream dan stoberi kan..lagi r sedap..hehhee....walaupun rupanya buruk..tadi rasanya sedap u...(dah aku terlebih gula..muahahah)..ok ni resipinye..Resepi Asal: Che Mat Gebu

Strawberry Swissroll

BAHAN A :-)
2 putih telur gred A
1/8 camca teh cream of tartar
40 gram gula halus @ castor

BAHAN B :-)
40 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)*
1/8 camca teh baking powder*
1/2 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)-aku guna meal shake
20 ml minyak jagung (mat guna minyak masak)
2 kuning telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
15 ml air
25 gram gula halus @ kastor
Secubit garam


BAHAN C :-)
6 - 7 biji buah strawberry, didadu*
1 camca teh gula halus*(*disatukan dan gaul rata)
200 ml whipping cream, disejukkan

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang kek berukuran 8 inci x 8 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satu kan semua bahan2 B dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan.
  3. Putar bahan A hingga kental, kemudian masukkan ke dalam no. 2 dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Tuang dalam loyang kek, ratakan dan bakar 15 minit. Keluarkan dari oven, terbalikkan kek dan buang kertas alasnya. Biar sejuk sedikit.
  4. Putar whipping cream tadi hingga kental, tapi jangan putar terlalu lama. Sapu atas kek tadi, tabur strawberry rata2 dan gulung kemas2. Simpan dalam peti sejuk 1 jam sebelum dipotong dan hidangkan..

ok ni pulak ade 80 biji cupcake yang di order untuk hari guru yang lepas...design adalh sgt terhad sbb aku takde banyak nozle..




(gambar cam biase tak jelas sbb amik pakai webcam..heheh)


17 Mei 2011

Apa kata en.Adam tentang Basic H

As Salam semua...nak share testimoni tentang basic H ni...
Sejak akhir2 ni banyak pulak order kek...cheesecake lah..choc cake lah...cupcake lah..carrot cake lah...alhamdulillah...

Aku ni memang suka baking...tapi sgtlah malas nak mengemas segala periuk dan alatan masak tu sbb berminyak..!hehehe (alasan)

So orang yang jadi mangsanya adalah en.Adam lah kan... pas balik sekolah minggu lepas en.Adam cakap

" sayang...bagus kan basic H tu..abang basuh barang masak sayang hilang semua minyak"

hehehehehhe...dulu en.somi tak caya..pas dah guna baru tau..tak banyak..guna satu sudu je...banyak lagi kegunaan basic H ni...sila rujuk entry ni yer...

11 Mei 2011

Doa Amalam untuk Ibu Yang Menyusukan

Assalam semua...terjumpa doa ni di site Iffa..so share di sini yer
Kepada ibu-ibu yang menyusukan anak walaupun dah bermacam-macam usaha anda lakukan untuk memastikan susu sentiasa cukup dan meriah tapi jangan lupa untuk berdoa. Kerana kita tahu bahawa susu itu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk anak kita dan dari Dia jugalah kita memohon agar murah rezeki susu untuk anak kita..InsyaAllah..


"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Ingat tak 3 Perkara yang selalu Iffa tekankan untuk sukses dalam BF? Meh remind sekali lagi.. Dr Fadhilah Kamsah kate perlu remind 200 kali baru orang boleh ingat.
  1. Fahami "Supply On Demand" Konsep..Lagi byk stimulasi & pengosongan breast dibuat, lebih banyak signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu.
  2. Well Balance Diet and Healthy life style. Ambil makanan yang seimbang yang memenuhi nutrisi yang diperlukan ibu yang menyusukan anak. Jauhi stress atau atasinya dengan positif!
  3. Doa...doa...doaa... tidak boleh tinggal ye.. setiap usaha harus disulami dengan doa dan bertawakal kepadanya dan juga ISTIQAMAH!
Credit: Iffa


9 Mei 2011

Tips: Senaman Kagel

Ok...kali ni aku nak share tips untuk Senaman Kagel..pasti korang penah dengar kan..atau mungkin pernah buat senaman Kagel ni...Senaman kagel ni mampu mengecilkan bahagian pelvis dan sekaligus mampu menambah kepuasan dalam hubungan intim.

Tips Senaman Kagel:

  1. Kenalpasti dimana kedudukan otot pelvis dan bagaimana rasanya..kalau salah tak jadi tau..mana satu otot pelvis...otot pelvis tu yang kita gerakkan masa menahan kencing atau kentut..hehehhe...jangan salah eh...
  2. Kalau baru nak try..buat sikit2 dulu dengan kiraan asas...Tahan otot pelvis selama 3-5 saat then lepaskan..Rehat 5 saat then ulang lagi 5 kali...lagi lama boleh tahan lagi bagus..
  3. Senaman ni akan menjadi sangat efisyen kalau diamalkan berulangkali.
  4. Kalau dah expert, tambahkan kiraan dan ulang setiap 2 hari..contoh..tahan selama 10 saat..rehat 10 saat dan ulang 10 set.
  5. Sila buat senaman ni 3-4 kali sehari.. boleh dibuat dimana2 sahaja..masa tengok TV ke..masa driving ke.. masa tengah duduk2 rehatkan fikiran ke..masa tengah baring2 nak tido ke..masa tgh ehem..ehem..ngan en somi ke..hahaaha

Sila cuba jangan tak cuba k...

Untuk hasil yang sama..cubalah Vitamin E... tak caya..cuba dulu...dah cuba nanti, pasti jadi vitamin wajib beli setiap bulan...hehehhee



Nak cuba..SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um@yahoo.com untuk penerangan percuma atau untuk order


8 Mei 2011

4 cara kembali langsing selepas bersalin

oh...berat badan yang meningkat pasti jadi masalah kan buat kita mak-mak ni...kalau dulu selepas lahirkan anak pertama cepat je berat turun semula..tapi sekarang...selepas anak ketiga..pergh...bercintalah berat ni nak turun...

berikut adalah sedikit tips untuk langsing selepas bersalin...
  1. Anggap diri masih bujang -hehhehe..kalau kita anggap diri masih bujang sure lah nak kelihatan slim melim kan..kang orang mengata lak anak dara tapi badan cam anak sepoloh...hukhukhuk...
  2. Penuhi selera sendiri - nak penuhi selera en.suami nak makan kari lah..lemak cili api lah..kite pun layankan sahaja...pastu kalau tak habis sayang kan..so..makan lah..pastu gomoks...hahahhaa...so penuhi selera sendiri dulu untuk diet...!
  3. Amalkan gaya hidup sihat - kurangkan stress untuk elakkan makan banyak..kurangkan makan fastfood...jangan makan jajan..jangan makan sambil tgk TV dan sila bersenam...
  4. Dapatkan bantuan rakan - kalau stress silalah jangan melepaskannya dengan makan banyak..cercite kat kawan...
tu 4 tips dulu..untuk korang dan untuk aku juga..hehhehe..sekerang sedang berusaha untuk turunkan berat badan..dengan pengambilan Lecithin..setakat ni alhamdulillah, perut sudah kurang buncit..hehehhehee

Untuk hasil yang maksimum, korang boleh ambil Lecitin dan Cinch Shake... dan juga basic vitamin seperti B Complex Vitamin C dan Alfalfa. Badan langsing, kesihatan terjamin...


*gambar credit to mamafaiz.com

Nak cuba..call atau SMS yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um@yahoo.com untuk penerangan percuma atau untuk order...


Selamat Hari Ibu semua..


As Salam..

Selamat Hari ibu aku ucapkan pada ibu2 diluar sana..

Alhamdulillah syukur kerana diberi peluang menjadi seorang ibu..nikmat yang tak ternilai...

Semoga aku diberi kekuatan untuk menjadi ibu yang baik, yang dapat mendidik dan membesarkan anak2 yang berjaya..insyaallah...


2 Mei 2011

Rahsia Vit E...Kenapa wanita perlukannya..

As Salam semua..nak share lagi pasal vitamin E....kenapa kita semua perlukannya terutama ibu2 macam kita ni..hehhehehe

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

rahsia lain...~~~ vitamin E juga membantu mengurangkan strecth mark... ni kata mommy icha~.."baru-baru saya ada update kat Facebook yang makan vitamin E boleh hilangkan stretchmark masa mengandung. ye memang betul pun... saya tak tipu.. malah saya tak sapu apa-apa krim pun tau kat perut saya (sebab malas). stretchmark tu memang sangat pudar di perut saya, cuma yang jelas garisan linea.." negra tu

*credit to mamafaiz.com

1 Mei 2011

Award from Chem..

hehehe..dapat award lagi..kali ni from chem...thanks chem...i lap u lah...

nampaknye akan ada lah fakta tentang aku yg akan diulang tayang jugak..hehehe

1. cengeng
2. suka wat macam2 aktiviti dan benda..
3.suka cuba2 gak
4. masa kecik sebijik ngan perangai ainul..tak reti diam..
5.cepat marah tapi cepat cool
6.malas kemas rumah..hahhaa
7. aku gomoks...

tak dan nak tag orang..maaf ye..hehhhe

Waktu-waktu mustajab berdoa

As Salam semua..hari ni nak kongsi tazkirah dari kak cery..semoga dapat menjadi peringatan pada aku dan kamu2 semua...

"Rasulullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya dan tinggallah yang baik sahaja!”

Akan tetapi... Allah itu Maha Penyayang.. kita diberikannya senjata utk menghadapi ujian hidup... tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.. Senjata ini millik semua org... Benar... doa itu senjata ampuh bagi mereka yang beriman..Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah.. Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.. Jadi teruskan berdoa dan jangan mudah putus asa dengan rahmat Allah.. Di bwh ni saya nak share waktu2 mustajab berdoa..

__________________________________

Menurut Ibn ‘Atha: Doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadhuk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa, iaitu:

1. Berdoa sewaktu hujan turun.

2. Ketika hendak solat.

3. Pada waktu tengah malam terutama sepertiga malam.

4. Waktu di antara azan dan iqamah.

5. Ketika sujud dalam solat kerana sabda Rasulullah s.a.w: “Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud.” (HR Muslim)

6. Selesai solat fardhu.

7. Ketika berpuasa.

8. Malam al-Qadar.

9. Ketika khatam 30 juzu’ al-Quran.

10. Sepanjang hari Jumaat.

11. Sepanjang perjalanan bermusafir.

12. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah.

13. Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah s.w.t.

14. Waktu menerima ujian.

15. Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh.

16. Ketika ayam berkokok kerana Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerahNya kerana ayam itu melihat malaikat.” (HR al-Bukhari, Muslim)


Subhanallah..kalaulah kita ingat ayat di atas..nescaya kita akan redha dengan segala ujian yang Allah uji kita kan..kan..

dan kalaulah kita tahu waktu-waktu mustajab untuk berdoa, dan sedar the power of doa, pasti kita takkan melepaskan peluang merndahkan hati untuk berdoa...jom kita berdoa...