Puasa 1 rejab.. alamak,,!!! PD dah abis rupanya...huuuhuhuhuh | Sembang Lyana

22 Mei 2012

Puasa 1 rejab.. alamak,,!!! PD dah abis rupanya...huuuhuhuhuh

Salam 1 Rejab semua..

Alhamdulillah... hari ni yana juga mengambil kesempatan berpuasa sempena bulan yang diberkati ni..

jom kawan2.. sama2 kita baca doa ni..

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta
sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar
kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang
(mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."


seperti biasa... macam tahun lepas gak (puasa ramadhan) yana akan bersahur dengan ESP+Meal shake+Performance Drink..
TAPI...
tadi nak bancuh tengok2 PD dah abis...!!! huhuhu.. siaapakah yang menghabiskan PD ku????
hahhaa.. takpe lah... ESP + meal shake pun tetap mengeyangkan... tapi yana mix sekali ngan horlick.. memangggg sodapppp....
ok jom kita baca apakah khasiat 3 produk ini untuk anda yang berpuasa...
ESP
mengadungi protein.. selain baik untuk pemulihan dan pembaharuan sel.. protein juga mampu memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat.. ESP juga dilengkapi dengan vitamin B yang penting untuk metabolisme makanan kepada tenaga..Ia memang membuatkan ada kenyang dan bertenaga sepanjang hari..
Meal shake
juga mengadungi protein..tapi yang lagi best.. kerana Meal Shake juga mengandungi vitamin dan mineral serta fiber..sangat sesuai untuk anda yang susah nak telan pil multivitamin (lagi2 pagi2 buta kan.. takda selera nak telan2 vit..hihihih).. fiber pula untuk sistem penghadaman anda..oh ya... kalau anak nak melatih anak2 untuk berpuasa.. boleh lah berikan Meal shake ye.. enak.. lazat ... dan berkhasiat..
Performance Drink
awwww... produk kontroversi i hari ni..hahha... berperisa oren.. Performance Drink ni merupakan minuman elektrolit. yang berupaya mengekalkan air dalam badan sekaligus mengelakkan dehidrated.. semasa berpuasa..kita cuma minum air semasa sahur, dan selepas berbuka sahaja kan...jadi siang tu camne.. kita pasti berpeluh... nak PAM SUSU.. nak buang air kecil.. dan banyak cara air akan keluar daripada badan kita.. dan akibatnya..kita akan rasa kehausan yang melampau..huhuhu.. so ni lah perlunya PD... ala2 minum 100Plus lah kan...bila kita minum kita rasa lagi bertenaga nak berlari atau bersukan.. TAPI.. PD ni TIDAK bergas dan TIDAK bergula tinggi seperti air berkarbonat lain..
gabungan ke tiga-tiga produk ini inysallah mampu mengekalkan anda suapaya terus bertenaga menjalani ibadat puasa.. samada nak puasa REJAB.. atau puasa GANTI atau untuk persediaan RAMADHAN NANTI...

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jangan tak komen...