Sembang Lyana: Julai 2012

17 Jul 2012

EBM, Pengendalian Dan Penyimpanan Perahan Susu Ibu

As salam semua.. memandangkan yana dah pun bersalin.. dan kini sudah pun kembali memerah susu,... jadi jom sama2 kita refresh memori tentang cara pengendalian dan penyimpanan EBM.. hhehehe


Bagi ibu yang berkerjaya, Susu Ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Istilah2 penting yg perlu anda tahu
  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg sudah diperah, disejukkan di bhgn sejuk (bukan beku), chilled EBM akan membentuk dua lapisan (lemak susu terkumpul di bhg atas lapisan) ia bukan basi yer
  • Frozen EBM = Susu yg disimpan dlm tempat beku

Bekas penyimpanan yg sesuai

  • bekas plastik atau botol susu (storage milk) bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Gunakan bottle sterilizer utk steril botol2, dan juga breast pump part.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label.
  • Tarikh Perahan
  • Waktu perahan
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 ~ 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

Di mana tempat penyimpanan susu

SUHU BILIK ?

  • Jika bilik tidak mempunyai penghawa dingin (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik mempunyai penghawa dingin (aircond)(15 oC - 25 oC), boleh tahan sampai 6-8 jam





FRIDGE/FREEZER ?

Peti Sejuk (1 pintu)
- bahagian beku [tahan 2 minggu]


Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (pintu atas)

suhu (-18 hingga -20 °C) [tahan 3 bulan]
- bahagian sejuk (pintu bawah)

suhu (0 hingga 4 °C) [sebelum dibekukan tahan 3~7 hari]
[selepas dibekukan tahan 24jam]

Pembeku/deep freezer (-20C)
- [tahan 6~12 bulan]


BEKAS PENYEJUK?

cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam


*susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula*

*susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula*




Tips Penyimpanan Susu Perahan

Di Tempat Kerja

  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais.


contoh gmbr: ice pack coleman (sumber:google search)

Di Rumah

Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.

  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.



Ketahui bagaimanakah cara stok beku ebm dicairkan agar nutrisi yg terdpt dlm kndungan susu ibu terpelihara dgn selamat..Jom baca sini.






  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.




  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

  • 13 Jul 2012

    BERPANTANG dengan SUPPLEMENT? Boleh ke? BERKESAN ke?

    Tadi pi klinik untuk cek darah Aina.. ade jaundis skit..
    Masa ngah tunggu turn tu, ade sorang makcik tegur dan tanya2 soklan..

    katanya..

    TAK PERCAYA.. yana baru 5 HARI melahirkan anak.. nampak BERTENAGA dan TAK PUCAT.. tak macam anak dia (masa tu ada makcik ni sedang berehat dlm kereta)

    makcik tanya MAKAN UBAT APA?

    yana jawab makan SUPPLEMENT JEK..

    lagi makcik tak PERCAYA bila yana jawab ni ANAK KE 4.. die ingatkan baru ANAK 2 orang.. hikhikhik

    sonok kan berpantang ngan SHAKLEE... badan sihat, bertenaga, susu pun banyak..

    apa yang yana amalkan?
    VITALEA+B COMPLEX+VITAMIN C+ZINC + omega guard + ESP + OSTEMATRIX

    nak berpantang seperti yana?
    sila PM atau SMS yana di 012-7470856

    Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

    10 Jul 2012

    Pengalaman melahirkan Aina Mariam

    AINA MARIAM BT LIMAN @ MUHAMAD AIMAN ADAM

    As salam semua.. hhhehehe.. i dah meletop..! alhamdulillah... legaaaa banget...
    Aina dan ibu
    Aina dan ayah
    Aina Mariam
    9/7/12
    1.33 pagi
    2.47kg
    HSI,JB
    ok nak cite pengalaman bersalin dak kecik ni..
    8/7/12
    8-9 malam- dah rasa cam contraction.. tapi tak kuat pun.. kompius jap ni braxton hick ke ape.. sebab 3/7/12 dah pi hospital.. tapi jalan tak bukak gak. main2 jek..
    9.30malam- sms en adam.. bgtau rasa cam nak banak kot..kebetulan hari ni yana hantar en adam pi keje. sbb nak pakai kete.. so nak kene amik en adam kat tempat kerja lah dulu.. so siapkan anak2.. nak hantar pi umah mak usu, tumpangkan jap sementara nak pi hospital..
    10.00 malam- drive pi bukit indah.. amik en adam.. pastu balik umah jap sbb beg duit, ic, lesen tertinggal.. hahah kalut kan.. pastu pi makan char kuew tiaw spesel kat taman daya.. sedapp woo... mase nak banak aidil dulu pun pi makan situ gak..hahaa
    12.00 malam.. bertolak ke hospital..HSI je pun.. dekat banget.. sampai hospital doc cek dah bukak 4cm.. masa ni masih 5-6minit contraction..lama nak tunggu turun nak masuk LR.. LR penuh..hahaha.. so yana pun dok jalan2 jelah dlm bilik saringan tu...
    9/7/12
    1.00 pagi- ditolak ke dlm LR. dapat lak staff nurse yang berpengalaman.. dok borak2 berdua lah kami,.pastu doktor masuk.. memang rezeki yana dapat doktor perempuan setiap kali bersalin.. doktor muda.. lembut jek..
    1.20 pagi.. contraction makin kerap. 3 minit sekali. en somi tak masuk lagi.. mintak nurs panggilkan abang,. doc cek dah bukak 8-9cm.. so doc pun pecahkan air ketuban... bila pas pecahkan tu terus rasa gesaan tu makin kuat.. rupa2nya baby nak kuar sekali.. hhaha.. so staff nurse dan doc guide so tarik napas lah.. so push lah.. hihi.. ku mendengar arahan jek...
    1.33 pagi.. lahirlah budak kecik ni.. AINA MARIAM... owh lupa lak. en somi tak sempat nak tgk yana bersalin kali ni... hahahah.. sbb lambat sgt masuk.. cari nama i dlm LR tak jumpe... misi tak update lagi...masuk2 jek, AINA dah ade atas dada ibu.. :D
    Alhamdulilah. pengalaman melahirkan kali ke -4 ni palinggg senang... syukur sangat2.. terima kasih apda en somi yang selalu kasi support.. dan pada kawan2 yang mendoakan.. dan customer2 SHAKLEE yana yang sabarr menanti :D
    BABY SHAKLEE dah lahir... now nak berpantang dengan SHAKLEE pula... masuk je wad.. trus telan OSTEMATRIX.. memang segar dan tak sakit2 badan bila bangun pagi tu.. bestttt...hari ni dah start makan SET C..
    ok kawan2 tu je yana leh cite.. takde idea lak.. hahaa.. untuk daptkan supplement untuk ibu MENGANDUNG, BERPANTANG seperti yang yana amalkan, leh PM yana di facebook atau SMS di 012-7470856