Cara mohon Visa US | Sembang Lyana

24 Jul 2014

Cara mohon Visa US

As salam semua

ok ni nak cite
ni adalah pengalaman pertama kami nak mohon VISA segala
US pulak tu.. (nak pi US WAJIB mohon visa tau. ko takda visa takleh pi US)
so ni yana ceritakan sedikit step cara MOHON VISA KE US
yana rasa maklumat ni penting gak di share sbb kami pun terpinga2 masa nak buat dulu.

1. Mula2 kena lah tahu maklumat trip. kalau pergi under travel agency, minta segala maklumat.
- naik flight apa (incase ditanya nanti)
- tarikh pergi dan balik
- tinggal dimana (hotel ke rumah sedara ke)
- kalau tinggal dengan sedara kene tahu no fon..detail segala
- pastikan korang tahu semua maklumat

2. Next, sila lah ambil gambar ye. Untuk permohonan Visa perlu latar PUTIH dan bersaiz 2' x 2'. Tips gambar
- jika anda bertudung, sila pakai tudung berwarna gelap
- pastikan tudung anda tidak menutup muka, kening
- kalau tak pakai tudung, sila rapikan rambut, jangan serabai2
- untuk lelaki, sebaiknya tak usahlah berjambang segala
- pakai lah kot untuk nampak kemas
- pastikan anda ada SOFTCOPY dan HARDCOPY juga

2. Permohonan VISA perlu dibuat secara ONLINE di SINI
- creat account untuk apply visa
- isi lah apa yang patut

3. Kene BAYAR permohonan VISA ok. Cam kami Visa B1/B2 sorang RM512 @ USD 160
-bayaran perlu dibuat di Standard Chartered bank
-nanti dapat resit
-kat resit tu ada UNIK ID (ha ni yg kene masukkan dlm permohonan nanti)
- tak bayo takleh mohon dan takleh pi interview
-boleh bayo online juga
-kalau bayo di bank, boleh isi permohonan online selepas 4 jam, klau online esok baru leh buat.

4. Dah bayo, dah amik gambo segala boleh lah isi borang DS160 (bila dah log in tu ada link dlm tu)
-ok permohonan ni kene isi SETIAP ORANG yang pergi, kalau 5 beranak pergi so kene ada 5 permohonan lah
-kanak2 mak pak boleh isikan
-dewasa sila isi sendiri ye, sbb nanti masa interview diorang tanya2 soklan berkaitan
- takyah nak log out2, leh buat semua sekali
- 1st anda diminta masukkan gambar, kalau pass boleh proceed. Kalau tak pass sila pi kedai gambo amik gambo balik haha. make sure lighting gambo cukup.
- then boleh lah isi borang DS160 tu dan AWAS.. pastikan anda bersedia mental dan fizikal. makan siap2 pi toilet siap2 sbb menyampah isi soklan yang banyakkkk sangat. haha (dan some soklan cam merepek cam pernahkan anda terlibat dengan pemerdagangan orang , for sure lah orang jawab NO kan.. haha)
- dah siap isi semua sila lah PRINT ye. sbb dalam tu ada ID DS 160

5. Ha dah isi DS160 tak bermakna dah settle ok.. sekarang kene isi BORANG PERMOHONAN pula
- log in dulu
- dlm tu ada application form
- isi maklumat yang dikehendaki cam no paspot, unik ID bayaran, NO DS160
- kalau anda ada suami/ isteri dan anak2 yang pergi sekali boleh klik FAMILY
- pilih juga maklumat INTERVIEW, set date bila nak interview
-print segala maklumat tu, ada barcode semua, SILA BAWA semasa INTERVIEW

6. oh korang baru tahu kan kene INTERVIEW. hahaha.. takyah takut sangat, kalau sekadar nak melancong2 tu takda hal lah.
- interview berlangsung di KEDUTAAN US di
U.S. Embassy, Kuala Lumpur
376 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
- pi sana sila lah ikut temujanji yang ditetapkan ye. pakai pakaian yang kemas, jangan lak pakai selipar
-beratur di luar kedutaan, tunjukkan IC dan BORANG2 yang anda dan PRINT
- nanti ada spotcheck, buka tali pinggang untuk scan, HP dan peralatan electronik kene tinggal kat pakgad
- masuk ke dalam dan ambil nombor, tunggu no dipanggil
- 1st no dipanggil untuk serahkan borang dan paspot, duduk semula tunggu lagi
-  kali kedua dipanggil untuk scan jari, SEMUA jari
- 3rd time untuk interview di kaunter (berdiri je pun takda lah formal mana)
- cam kami ke US sebab trip shaklee antara soklan yang yana dan suami kene adalah
* dah lama biz shaklee?
* berapa banyak sale kene buat nak dapat free trip ni?
* ada sedara mara tak kat US
(ada disarankan bawa slip gaji ke, bank statement ke, geran tanah ke apa ke incase die tanya, tapi takyah r sibuk2 nak tunjuk, hehe)
- mereka akan bagitau APPROVE atau TIDAK on the spot. so kalau approve tunggu beberapa hari untuk ambil visa, boleh pick up di tempat2 tertentu atau boleh POS

Dah dapat visa anda..ok dah boleh ready nak pi US. Yana dapat 10 tahun. so next time dalam tempoh 10 tahun ni, nak oi sana takyah buat lagi VISA. guna yang dah ada je. 

ok good luck korang...!

*nampak cam complicated je tapi takda lah sebenarnya. korang ikut je step by step yana ajar ni. inshaaAllah mudah. settle dalam 2-3 hari je. 


6 ulasan:

  1. Nak tanya... perlu translate tak slip gaji n geran tanah if it is in malay?

    BalasPadam
  2. Hello nak tya. Kita kena booking flight dulu or lepas dpt visa baru booking?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kene.. kene flight.. tempat nak stay dll

      Padam
    2. So, u saying that i kena booking flight dulu then baru pegi buat appointment visa?

      Padam
    3. yup. sbb masa interview akan tanya semua tu. kalau tak silap lah.. (tetiba lupa..haha) kene ada perancangan dulu baru pi interview..

      Padam

komen jangan tak komen...