Resipi Tempayaki Mudah | Sembang Lyana

10 Sep 2014

Resipi Tempayaki Mudah

Assalamualaikum
korang suka tak makan tempayaki
i sukaaaa sangattt
1st time makan dulu kat
Tempayaki, Mid Valley
masa zaman belajar
tapi kat JB ni susah nak jumpe
kat AEON KulaiJaya ada satu 

so disebabkan mengidam punya pasal
(tak peknen ok)
so ku gigihkan jua buat sendiri..hehehe

senanggggg lahhhh sangattt
agak2 kalau malas sangat nak masak
masak tempayaki jelah cukup..
 resipi pun mudah dan bahan tak banyak.

RESIPI TEMPAYAKI (untuk dua orang makan)

Bawang goreng:
2 ulas bawang putih
garam
1 sd minyak masak
1sd teh marjerin/ butter

Daging/ayam tempayaki:
Daging/ ayam (kalau guna daging.rebus dulu..tak rebus pun takpa.tapi ku nak cepat)
2 ulas bawang putih cincang
Lada Hitam
soy sos
garam (jika perlu)

sos Worcestershire(jika suka)

Sayur:
1/2 batang lobak merah
20 gram tauge (letak lebih jika suka)
2 batang daun kucai
2 ulas bawang putih
soy sauce
lada hitam
garam (jika perlu)

cara:
1. Hiris nipis bawang putih. Gaulkan dengan garam. dan goreng bersama butter dan minyak sehingga kekuningan.
2. Untuk daging, tumiskan bawang putih di dalam kuali leper (yana pakai satu side kuali ajaib cap ikan) sehingga wangi dan masukkan daging atau ayam. Perisakan dengan soy sauce dan black pepper. Terbalikkan. Perisakan juga satu side lagi.
3. Untuk sayur, sama kaedahnya macam masak daging. Tapi awas..jangan masak terlalu lama..Sekejap sahaja. kasi rangup2 gitu.
4. Hidangkan bersama nasi panas. Tabur bawang putih goreng di atas sayur dan daging.  yummy...!

selamat mencuba..!












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jangan tak komen...