Sembang Lyana: September 2014

27 Sep 2014

Collagen Powder Shaklee | Kolagen terbaik Shaklee

Kolagen 

Kolagen ialah protein yang menyokong struktur kulit supaya anjal dan tegang. Ia juga merupakan sebahagian struktur tulang rawan yang berfungsi untuk melancarkan sendi. Semasa kita masih kanak-kanak, kandungan kolagen di dalam badan sangat tinggi. Sebab tu anak-anak kita berkulit halus , lembut dan jika mereka tercedera pun, struktur kulit mereka sangat mudah sembuh dan kembali kepada asal.

budak comel, kulit halus
Jeles kan dengan kulit anak2. ini Aina Mariam, anak yana yang ke 4.

Collagen Powder Shaklee


Eh.. tak tau ke Shaklee ada produk kolagen? Kolagen kami adalah kolagen terbaik di dunia.Shaklee Collagen Powder mengandungi extract Kolagen daripada SISIK IKAN MERAH laut dalam.Ia juga mengandungi Camellia japonica seed extract, Pfaffia extract, shellfish extract, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.

Collagen Powder Shaklee, Kandungan kolagen
 Banyak kan...! Yes.. Collagen Powder Shaklee adalah kolagen terbaik kerana ia bukan sekadar kolagen biasa, tapi lebih dari itu. Memberi 3 tindakan terhadap kulit anda iaitu menganjal , menghidrat dan perlindungan antioksidan. jadi nak kulit halus mulus, kulit gebu, kulit lembut, kulit lembab dan nak hilangkan parut dan jeragat, yana sangat syorkan anda mengambil kolagen Shaklee ini. terbaik...!

manfaat kolagen shaklee

Testimoni Collagen Powder Shaklee

Ha.. ini hadiah.. sebuah testimoni..bestttt

testimoni kolagen

testimoni kolagen

Jangan segan-segan untuk hubungi yana untuk dapatkan Collagen Powder anda. Hanya bulan ini, anda boleh dapatkan Collagen Powder Shaklee dengan harga super jimat jika anda grab promosi BUY 6 FREE 1, juga FREE MEMBERSHIP dan FREE POS... perghhhh memang jimat kan.. siap dapat bonus lagi bulan depan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi
Lyana Mansor (fb)
012-7470856 (whatsapp| telegram)

26 Sep 2014

Sukan vs Sakit Sendi

JOM BERSUKAN

Assalamualaikum semua..
malam tadi kami laki bini pi join kawan main badminton..
en adam ok lah die memang selalu pi main
aku??? berkurun dah tak main badminton wei..
balik2 ni kemain lenguh lengan ni...

main badminton, kompleks sukan johor land
 nampak tak nun dihujung sana.. yang bersemangat waja tu? haha

SAKIT SENDI ?

korang camne?
selalu selepas bersukan ada rasa sakit sendi tak?
kalau ada rasa sakit sendi2 tu baik lah berhati2 tau..
bukan apa.. sendi kita ni banyakkk bergerak.. dari lahir sampaiii lah sekarang kan..
kalau mesin.. dah berpuluh kali diminyakkan..
tapi badan???

ha sebab tu lah ada SET SENDI SHAKLEE..
meh baca meh sedikit pasal sakit sendi..
kredit to en.Adam

**************************************************************
Siapa yang tak pernah mengalami masalah sendi?masalah radang sendi bukan sahaja selalu menimpa bila kita dah berumur,tapi orang dewasa pun berisiko menghadapi masalah sendi rosak atau radang sendi,atau kita boleh kategori kan sebagai osteoarthritis,Radang sendi kebiasaannya belaku pada satu atau lebih sendi di dalam tubuh badan kita.Kita akan merasa di bahagian sendi kan terasa sakit dan kadang2 boleh menyebabkan kekejangan terutamanya selepas bersenam.
Kesan kepada masalah sakit sendi ni jugak akan mengeluarkan bunyi/ngilu pada sendi yang bermasalah terutamanya bila kita bergerak.Mengikut kajian yang dalam berkumpulan,lebih dari seratus orang yang ada masalah sendi adalah di sebabkan kesakitan,kekejangan dan rasa ngilu pada sendi.Cuma sedikit saja masalah yang di kesan belaku boleh memberi kesan pada organ badan yang lain.Tapi jangan ambik mudah masalah oesteoarthritis ni,kalau tidak di rawat atau dicegah lebih awal,boleh menyebabkan masalah irreversible damage(tidak boleh di pulihkan pada keadaan yang asal) pada sendi,
sakit sendi
Mengikut rujukan ArthritisFoundation 46 juta orang menderita osteoarthritis,rheumatoid arthritis berkait rapat dengan condisi yang lain termasuk fibromyalgia,gout,lupus,lyme disease,juvanile arthritis, psoriatis arthritis,bursitis,scleroderma,reiter,s syndrome,infectious arthritis,sjogren,s syndrome,ankylosing spondylitis.

Kalau explain kat sini panjang sangat..tapi arthritis ni ada banyak jenis.kita jangan ingat arthritis ni hanya pada sendi semata-mata saja.

sakit sendi
Saya amat mengesyorkan untuk menggunakan 3 product shaklee ini..
Omega guard,joint health tablet dan ostematrix..
Sebab kombinasi 3 product ini, akan membantu mencegah masalah sendi yang sentiasa menghantui otak kita..
Nak bersenam sakit,jalan jauh sikit sakit.kalau nak g gym(kena fikir dulu nak pergi ke x?

set sendi shaklee, sakit sendi

 so korang semua.. kalau korang ke.. mak ke.. suami ke.. isteri ke.. ayah ke.. sendara mara ada masalah sendi,.. jangan lah segan2 contact yana k..

Lyana Mansor
fb: Lyana Mansor
012-7470856

25 Sep 2014

Surirumah Cara Saya

Assalamualaikum semua
Soalan yang selalu yana dapat
macam mana yana uruskan anak berlima ini serentak..

anak ramai
ha nampak tak budak berlima ni.. muka masing2 macam ada sesuatu je kan..hahhaa
jangan korang tak tau,. anak2 i ni kalau senyapppp je mesti i kene risau. sbb mesti ada something depa buat..haha.. sebab tu rumah ni selalu riuh..

so camne nak handle diorang ni.. tips mudah dari yana..
MASA MANDI
 yana mandikan anak sekali harung..(kecuali ali la.. baby lagi).. semua masuk dlm toilet.. mencangkung..ibu jiorus air.. sabun dan syampukan.. dan gosokkan gigi juga,.. dah siap mandi.. semua baratus nak keluar dari toilet.. ibu lap sorang2.. then pakai pampes dan baju.. tahun depan Ainul dah 7 tahun.. tak boleh lah nak mandi dengan adik2 lagi..

MASA SUSU
yana buatkan susu semua.. 3 orng.. (ali susu ibu).. (ainul kadang isap milo dlm botol gak..haha).. ha isap lah sekali harung

MASA TIDUR..
tutup lampu..tv. kasi susu.. kasi semua sekali tidur... senyap sunyi rumah,,

MASA MAKAN
ambil nasi banyak2 dlm pinggan.. suruh anak2 duduk bawah.. ibu duduk kat sofa. suap semua orang.. cam suap anak burung..hihihi.. semua dapat makan.. kadang2.. masukkan nasi lauk dlm dulang.. suruh ank2 makan ramai2..

MASA MAIN
Oleh kerana mereka masih kecil dan hampir sebaya.. mereka main bersama2.. BERSEPAH? of kos.... sangatt.. bila diorang dah tidur bru boleh kemas.. Tak ajar anak kemas ke? dahhhhhh.. tapi biasalah... 10 anak.. 10 ragam.. tinggu rumah baru nanti siaplah anak2 ni semua ...! hihi

MASA SOPING
Kami selalu pi jusco..tesco.. so masukkan jelah budak2 ni dalam troli.. hahaa.. tak kuasa lah nak soh jalan sendiri.. maunya lari sana sini kang.. yang merajuk nya lain.. yang nak mainannya lain.. yang terlari2 lain.. Ali? pakai je baby wearing..senang kan..

dah of kos ada suami yang rajin membantu.. ehem2 walaupun suamiku WAHD tapi beliau bukanlah 24/7 di sisi bininya ini ok... buakn lah kerja bini ni beranak pastu tgk tv baca novel walaupun laki rajin..! hmmm

ok

for me.. parenting ikut je naturally..flow.. takyah nak pening2.. nanti anak besar sikit ajar masak.. dll.. skrg mereka kecik.. kasi lah main puas2.. ingat.. kanak2 develop skill mereka melalui pengalaman dan bermain.. cuma jangan lalai asik main j sudah lah.. kene lah ajar juga kan.

pasal nak jadi anak pandai.. anak2 kita inshaAllah bijak dan pandai2 belaka.. takyah r kecik2 pun dah nak hantar tusyen.. ajar anak membaca secepatnya dll. kesian anak wei... zaman skrg exam oriented.. ku di sekolah nampak macam mana anak2 murid semua sanggup pergi tusyen siang malam semata2 nak dapat keputusn ujian yang cemerlang.. ku nampak macam mana ibu bapa hanya nak anak dapat banyak A di sekolah sampai lupa sebeanrnya sahsiah dan akhlak anak lebih penting,.. serius.. ni semua mak pak dah lupa.. sbb kejar anak pandai je..!


last but not least.. walaupun aku ni jenis tahan sakit.. tapi aku amik juga supplemen.. cam Ostematrix di waktu malam supaya tak sakit2 badan di siang hari... ESP protein.. so lebih energy... bergitu juga CINCH TEA untuk energy dan metabolisme dan HERBLAX untul cleanse usus (maklum lah mak2 kan selalu kene abiskan lauk tak abis..sayang..membazir) dan makan juga LECITHIN untuk pechkan lemak2 ni..hehehe
apepun.. ku cuba jadi ibu yang baik.. dah berikan yang terbaik pada anak2.. dan apa yang aku tulis adalah pandangan aku dan apa yang aku buat. kalau tak agree ku ok je.. sharing is caring kan,. ok bai


Aku nak pindah part 2

Ha mesti korang tertanya2 apa cite yana nak pindah rumah baru ni kan...
ala sebelum ni yana cite di SINI
pindah rumah, rumah second hand

racun rumput
ha nampak tak dah clear sikit lalang2 ni kan.. ni kami upah orang tolong potongkan rumput dan racun lalang2 sume.. then en adam bersihkan sikit remput2 tu..dah clear sikit.. kalau tak... cam ape je kan..hahaha

oleh kerana rumah ni dah terbiar lebih 7 bulan dan selama ni tak terjaga pun,,..maka keadaannya menyedihkan sikit lah kan,..
 dinding luar yang teruk..berlumut segala... dan terkopek2

 en adam sembur ngan water jet.. ha nampak tu cantik lah sikit keadaannya.. boleh lah di cat...
teruk kan...

lantai berlumut
 kat luar pun kene sembur ngan water jet tu.. nampak segala lumut2..
bersih lah.. rajin laki i..hahaha

dinding terkopek
 nampak kat dalam ni,, terkopek2 semua cat.. ni baru satu dinding.. banyak dinding lagi wei.... kami berdua lah gigih mengikis cat yang terkopek tu..

dapur kecil
 dapur yang terbiar lama.. masa aku survey2 rumah dulu.. masuk rumah ni (masa ada org bujang tinggal) depa memang tak guna dapur ni. memang terbiar.. nampak tu pinggan mangkuk depa biar je..
dining area
depa guna kat sini untuk masak.. so dinding sebelah kiri ni.. hitam.. berminyak dan kotor.. ni en adam dah bersihkan.. wayar2 pun terjojol gitu ha..seb baik lakiku pandai serba serbi.. jimat duit mak..hahha... penat wei en adam... ku bekalkan Performance Drink dan Cinch Tea untuk kasi energy nak buat kerja.. lagi2 bawah panas tu.. dan malam2 soh makan Ostematrix untuk elakkan sakit2 badan,

ok nanti i update lagi ok..
korang yang nak beli rumah subsale ni jangan lak takut,. ok je... rumah kami dikategorikan ok lagi.. sbb ada orang lain i tengok ngeri cam rumah hantu.hahhaa...

ok jumpe di part 3...

22 Sep 2014

Breastfeeding : PowerPumping

Assalamualaikum
tentu ibu2 pernah alami satu masa
susu tiba2 drop...
mungkin masa tu ibu stress bekerja
atau baby tiba2 meragam taknak direct feeding
pernah tak..pernah tak??
hehehe
yana pun pernah alami yang sama
kelima2 anak yana breastfeeding
cumanya..
tak pernah cukup 2 tahun sbb diri sendiri tak cekal..
dan juga kekangan akibat termengandung
hehehe

baby shaklee, Ali Asyraf
gambar hiasan.. si Ali bolat.. anak ke5 yana

ok tips di bawah pastinya dapat membantu ibu2 sekalian..inshAllah
yang penting anda perlulah KONSISTEN dan sabar
POWERPUMPING adalah teknik mengepam untuk stimulate susu
kekerapan mengepam semasa melakukan PP ni membantu memberi isyarat kepada otak bahawa ada permintaan terhadap susu (ceh ape ayat aku skema sangat ni)
senang cerita..nak bagitau otak kita
ada demand untuk susu
ingat balik konsep penyusuan
demand and supply

ok panjang pulak cerita.. so camne cara PP tu?
mudah saja caranya...
Pam selama 10 minit
Rest 10 minit
Pam 10 minit
Rest 10 minit
Lakukan selama 60 minit (1 jam)
pam single, powerpumping 
mungkin ada yang tertanya2
kalau pakai single pum macam mana pula kan..
ha kalau pakai single pam
silalah jadi rajin sikit
Pam sebelah 10 minit
Tukar ke sebelah pula 10 minit
selang seli gitu selama 60 minit
Sampai bila nak buat PowerPumping?
Buatlah konsisten setiap hari selama beberapa minggu (atau bulan)
Lagi2 di awal kelahiran baby, sesetengah ibu takda susu kan.. so cuba lah..
Bila penghasilan susu konsisten dan bertambah, boleh lah stop PP
tapi ingat, Pumping session seperti biasa 2-3jam sekali ok..

Yana juga selalu suggest untuk ibu2 yang tak mampu nak pam dengan kerap semasa bekerja atau siang hari untuk lakukan teknik PP ni. Pada waktu malam hari.. selepas baby tidur..

Selain itu, pengambilan supplemen juga inshaaAllah boleh emmbantu
jika ibu sihat, tak sakit2 badan, tak letih2
susu pun lebih lancar kan...
dan ibu pun mudah nak bangun masa susukan baby atau buat powerpumping..
untuk dapatkan Breastfeeding Set Shaklee, boleh contact yana k

Semoga sharing kali ini memberi manfaat pada ibu2 semua ya

Jika anda mempunyai sebarang masalah penyusuan atau nak dapatkan Supplemen Breastfeeding anda boleh lah Komen di bawah ini atau SMS|Whatsapp|Telegram yana di 012-7470856


21 Sep 2014

SHaklee US Trip Part 1

hello
assalamualaikum semua
dulu yana janji nak share pasal trip pi US kan..
ha baru kini tertunai janjinya..
ampunnnnnn...

gambo2 ni sume i cilok dari blog en suami di SINI
hehehhee..kalau rajin silalah cekitout blog beliau juga ye..
bawa anak, ali asyraf
kemas barang.. nak bawak adik Ali boleh?? ibu rinduuuu si bolat ini...

kami bertolak ke US  pada 13hb Ogos 2014

posing jap laki bini ni...

ha ni sahabat kami yang kemain hepi ha.. depa cam kami gak pi berdua.. hanimun gak lah tu..hahaha
abang aznin dan kak puteri
transit di Hong Kong kejap
perjalanan ke Los Angeles mengambil masa hampir 20 jam dari KL
perghhh kemain jauh..
yana banyak tido je..
tak sempat ku layan movie dalam flight
oh by the way..
group kami naik flight Cathay Pacific
group SHaklee ada 3 flight semuanya..

LAX
 ni gambar bersama kawan2. masing2 lepak dah..penat nak bawa keluar beg.nak melepasi kastam US yang ketat 

Los Angeles
 sempat lagi kami posing.. mat2 saleh tengokkan aje..hahaha...
JDT, LAX
en adam.. nak juga tayang JDT di sana

Dari LAX kami dibawa ke hotel

 sampai2 je.. Victor dah sambut kami. kasi kalung bunga.. soh pi makan.. memang lapo pun benonya..
Shaklee book satu ballroom khas untuk kami makan. dan semuanya makanan halal.. memang asik makan jelah kerjanya..
makanan yang agak biasa kita makan lah kan.. salmon.. pasta..

 pemandangan dari bilik

 cantik kan bili.. ala2 hanimoon gitu..hahaha.yelah datang pun berdua.. anak2 tak ikut untuk trip kali ni..kebetulan kami dapat bilik tepi..kemain luas..siap ada balkoni lagi..ops.. kami tinggal kat hotel Hilton Long Beach. Eh.. nama je LONG BEACH tapi takda lah pantai cam dalam cite BAY WATCH tu ok..hahha.. jangan pk2 lain... di LA ni..kawasan pelabuhan industri.kot lah..sbb aku nampak banyak2 kren kat tepi laut.


pemandangan lagi.. bersih sangat bandarnya. susah nak nampak sampah sarap

supplemen Shaklee
 eh.. supplemen Shaklee mana boleh tinggal.. pi bermusafir ke negara orang kene lah jaga kesihatan wei..supplemen2 ni yana bawak khas untuk pelawasan.. energy..hilangan sakit2 badan ni..dan elak dari selsema demam segala.
 tengok tu encik adam beranga..hehehe.. sebenarnya tengah tgk tv.. nampak tak coffee maker tu.. tu jelah alatan elektik yang ada.. kalau nak masak air..terpaksa lah guna tu.. eh tapi i bawak heater sendiri (tapi..kat sini electric suply tak sama ngan kita.. depa punya watt lebih rendah..so ku masak air amik masa yang lamaaaa).. kalau korang na senang  beli je water heater kat sana.. tapi pasyu kene tinggal lah.. sbb alatan elektrik kat sana tak sesuai pakai kat malaysia.

goodies bag
masa makan tadi dapat goodies bag untuk convention esok..teruja kan..!
Thanks SHAKLEE bawa kami ke sini..!

part 2? tungguuu...

LYANA MANSOR
 

11 Sep 2014

Aku nak pindah-part 1

As salam semua
tak tau lah korang tau le tak
aku dah beli rumah
Alhamdulillah
tercapai gak impian
cam biasalah as pegawai kerajaan
beli rumah guna BPP
aku beli rumah second hand je.. 
dulu aku ada cerita nak beli umah Bandar Dato Onn kan..
ha..rumah tu aku booking dah pun..
tup2 ada kawan tunjuk pamplet rumah ni
beli dari ajen
terus lah call ajen.
try je apply loan
masa tu kami fikir.. bagus gak aklau dapat rumah ni.. sbb rumah ni corner lot setingkat
sesuai lah dengan kami beranak ramai ni
yang Dato Onn tu cuma 22x70..
Rumah yang aku beli di terletak di Taman Desa Jaya, Johor Bahru
masa kami pi tengok rumah
orang bujang sedang sewa
jadi..keadaannya sangatlahhhh..hehee.. paham2 jelah kan. 
ok meh layan gambar..


 ni pandangan dari belakang rumah

 
 ni dari depan

ni dari tepi
rumah ni teri jalan dan bukit. so privacy lah sikit..

korang doakan aku cepat pindah k..

10 Sep 2014

Meal Shake: Ibu bapa tak usah takut..

PERHATIAN PARA IBU DAN BAPA
bila yana share pasal anak2 minum MEAL SHAKE jadi

1. BERSELERA MAKAN.. selang sejam nak makan.. tengah malam nak makan
-jangan lah ibu2 dan bapa2 takut pulak nak kasi anak meal shake sbb takut asik kene masak je atau takut makanan abis kat dapur

2. ANAK TAKDA SEMBELIT DAH
-eh jangan lah ibu2 dan bapa2 takut nak kasi meal shake sebab takut anak cirit birit pulak nanti. Meal Shake melawaskan sebab mempunyai kandungan fiber yang bagus untuk penghadaman dan pelawasan.

3. BERAT BADAN ANAK MENINGKAT
-no no no.. tak payah takut ye ibu2 dan bapa2..meal shake hanya makanan tambahan.. dan melengkapkan kelopongan nutrisi yang tidak anak dapat dari makanan (mungkin sebab memilih makanan atau cara masak ). Jadi sebenarnya Meal SHake sesuai juga untuk ibu dan bapa TANPA menyebabkan pertambahan berat badan.

4. ANAK SEMAKIN AKTIF
-maaf lah kalau ibu dan bapa penat mengejar anak sana sini.. anak2 dapat sumber PROTEIN yang mencukupi juga MULTIVITAMIN dan FIBER dari meal shake dan makanan.. semoga ibu2 dan bapa2 sekalian yang tak boleh telan pil tergerak hati mendapatkan khasiat MULTIVITAMIN melalui pengambilan meal shake.

5. POKET ANDA SEMAKIN NIPIS
ops... sekali lagi minta maaf ye.. ibu2 dan bapa2 tak dapat claim insurans.. sebab anak2 semakin sihat...! eh.. makin nipis ke makin tebal ni (sebab tak payah bawak anak pi klinik lagi).. kompius mak... hahaha


MEAL SHAKE KINI PROMO
BUY 3 FREE 1
BUY 6 FREE 1
JIMAT KAN....!!!!

yang benar
Lyana Mansor
Your Trusted
Shaklee Independent Distributor
012-7470856

Resipi Tempayaki Mudah

Assalamualaikum
korang suka tak makan tempayaki
i sukaaaa sangattt
1st time makan dulu kat
Tempayaki, Mid Valley
masa zaman belajar
tapi kat JB ni susah nak jumpe
kat AEON KulaiJaya ada satu 

so disebabkan mengidam punya pasal
(tak peknen ok)
so ku gigihkan jua buat sendiri..hehehe

senanggggg lahhhh sangattt
agak2 kalau malas sangat nak masak
masak tempayaki jelah cukup..
 resipi pun mudah dan bahan tak banyak.

RESIPI TEMPAYAKI (untuk dua orang makan)

Bawang goreng:
2 ulas bawang putih
garam
1 sd minyak masak
1sd teh marjerin/ butter

Daging/ayam tempayaki:
Daging/ ayam (kalau guna daging.rebus dulu..tak rebus pun takpa.tapi ku nak cepat)
2 ulas bawang putih cincang
Lada Hitam
soy sos
garam (jika perlu)

sos Worcestershire(jika suka)

Sayur:
1/2 batang lobak merah
20 gram tauge (letak lebih jika suka)
2 batang daun kucai
2 ulas bawang putih
soy sauce
lada hitam
garam (jika perlu)

cara:
1. Hiris nipis bawang putih. Gaulkan dengan garam. dan goreng bersama butter dan minyak sehingga kekuningan.
2. Untuk daging, tumiskan bawang putih di dalam kuali leper (yana pakai satu side kuali ajaib cap ikan) sehingga wangi dan masukkan daging atau ayam. Perisakan dengan soy sauce dan black pepper. Terbalikkan. Perisakan juga satu side lagi.
3. Untuk sayur, sama kaedahnya macam masak daging. Tapi awas..jangan masak terlalu lama..Sekejap sahaja. kasi rangup2 gitu.
4. Hidangkan bersama nasi panas. Tabur bawang putih goreng di atas sayur dan daging.  yummy...!

selamat mencuba..!