Tips membawa anak kecil berjalan-jalan. | Sembang Lyana

27 Feb 2015

Tips membawa anak kecil berjalan-jalan.

Assalammualaikum
Beberapa hari lepas, yana dapat Pm dari seseorang bertanyakan bagaimana yang dan suami handle anak-anak semasa berjalan.

Sedikit tip untuk ibu ayah bagaimana nak bawa anak ramai-ramai pi berjalan. Tips ini yana dah share di FB, sekarang yana share di sini untuk anda pula.

1. Nak belanja, lebih mudah berbelanja di Tesco/jusco/ Econsave. Ada troli kan. Masukkan semua dalam troli. Nampak tak glemer, tapi memudahkan ibu ayah nak berbelanja.

2. Nak pergi makan. Dapatkan makanan yang anak akan makan. Dan anak kecil selalunya tak makan banyak. Yana sendiri selalunya akan beli nasi ayam 2 pinggan. Bahagikan kepada 4 pinggan. Air dua gelas, bahagiakan kepada 4 gelas. So minta pinggan dan cawan lebih. Jangan membazir sebab selalunya bila belikan sepinggan, tak habis, ayah ibu akan marah (frust anak membazir). End up anak kene marah sebab tak makan, atau sebab main-main dengan makanan sebab dah kenyang.
(tak valid cara ni kalau anak2 anda kuat makan)


3. Nak ke taman. Bawa anak-anak ke taman yang mudah anda pantau. Biarkan anak-anak bermain bebas. Jatuh-jatuh sikit itu normal. Let them experience it. Jangan manjakan sangat.

4. Nak ke masjid. Pastikan anda terangkan tujuan ke masjid. Lebih-lebih lagi anak yang sukar mengawal suara dan aktiviti larian. Terangkan kepada mereka mengapa perlu senyap dll sebelum anda ke masjid. Dan remind sekali lagi bila di masjid.

Tunggu sambungan ye..

Master Lyana Mansor
Lyana mansor fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jangan tak komen...