Umur 30 anak 6..! Perancangan Allah itu sempurna. | Sembang Lyana

22 Feb 2015

Umur 30 anak 6..! Perancangan Allah itu sempurna.

Assalamamualaikum
Sejak dari yana sekolah menengah lagi memang dah set plan kehidupan. Dah rancang nak atur perjalanan bagaimana.

Dulu semasa sebelum SPM yana bercita,-cita untuk menjadi seorang peguam. Bagaimanapun, sebelum arwah mak meninggal dunia, mak ada pesan suruh jadi cikgu. Jadi planning sudah berubah.

Maka bermulalah planning baru. Selepas SPM nak sambung belajar jadi cikgu. Then tahun akhir nak kawin supaya takyah posting jauh-jauh apatah lagi di Sabah atau Sarawak. Kemudia nak beranak ramai-ramai sebelum umur 30 tahun. hehehe. Muda-muda lagi dah berangan kan. Masa tu umur 17 tahun.

Perancangan Allah Maha Hebat. Kita hanya planning dan usaha, Allah yang aturkan segalanya. Yana tamat SPM dengan keputusan 3A sahaja. Tu pun ambil SPM sebulan selepas arwah mak meninggal. Allah permudahkan jalan, dengan keputusan itu diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Melaka.

Tamat Mtatrik dengan CGPA 3.68, rezeki menyebelahi yana lagi untuk menyambung pelajaran B.ScEd di Universiti Malaya. Disebabkan hidup sendiri dan kehidupan yang sosial dan terumbang ambing masa tu, Yana ambil keputusan untuk mencari suami. kahhhh. kelakar pula rasa. But yes ini cerita benar  Masa jumpa En.Aiman (suami yana) terus rasa ok dia ni sesuai dijadikan SUAMI. semasa itu yana berumur 21 dan abang berumur 27. ngam lah kan.  Kami bernikah selepas 4 bulan perkenalan.

Berkahwin semasa Sem 1, Tahun 3. Yana sudah mempunyai seorang anak semasa di Tahun 4. Alhamdulillah menamatkan pelajaran dengan CGPA cukup-cukup makan (sebab banyak main-main sebelum kenal abang dulu) Allah bantu lagi, Yana dapat posting sebagai guru di daerah kelahiran. di Johor Bahru. Alhamdulillah. sekali lagi Allah bantu  dan permudahkan urusan.

Suka duka sama-sama yana dan suami tempuhi. Dari naik bas, hingga punya motor, beli kereta 2nd hand, beli Alza, beli rumah dan Beli Vellfire sama-sama hadap. Dia lap air mata yana. Yana lap air mata dia. haha. Suami dan isteri perlu sama-sama kuat lagi-lagi bila berkahwin muda. InshaaAllah semuanya mudah.

Dan tahun ini, dikala umur bakal menjejak 30 tahun, yana bakal melahirkan anak ke 6 hujung tahun ini. sangattt lah mengikut plan kan.. hahaha. Alhamdulillah. Ramai yang tanya bagaimana yana menjaga anak, jawabnya mudah. Ikut sahaja gerak hati. Yana bukanlah ibu yang perfect. Kadangkala anak-anak pakai pampes atau seluar katok sahaja dirumah. haha. Mandi sekalu harung, suap kan makan sekali harung. beri susu sekali harung dan tidurkan sekali harung. Penat tapi mudah dan bahagia. Dan of kos hari-hari melatih vokal. hahaa.

Yes umur 30 tahun anak 6..! itulah yana. dan yana bangga dengannya. Sungguh perancangan Allah itu lebih sempurna 

psttt: ibu-ibu sila amalkan supplemen supaya ibu kekal sihat dan bertenaga.

Dapatkan supplemen untuk ibu-ibu hebat seperti yana. Hubungi yana untuk consultation.

Master Lyana Mansor
fb:Lyana Mansor
page:Lyana: Kedai Sihat Saya
Sms|Whatsapp|telegram: 012-7470856

5 ulasan:

  1. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜Š๐Ÿ’ช semoga sentiasa bahagia dunia akhirat

    BalasPadam
  2. Hahaha memang ko byk main tp aku laaaagi byk main dulu mak!

    BalasPadam
  3. Hahaha memang ko byk main tp aku laaaagi byk main dulu mak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha yeke? aku ingat ko budak skema.. :p

      Padam

komen jangan tak komen...