Anak ramai dan rapat: Keburukan dan kebaikan | Sembang Lyana

16 Ogo 2015

Anak ramai dan rapat: Keburukan dan kebaikan

Assalammualaikum
Malam ini saya nak share pro & cont beranak ramai dan rapat ni. Memandangkan ramai yang tanya, ramai yang kata susah, ramai juga yang kata semang dan ramai juga yang memandang rendah pada kami yang beranak ramai ini.



Kebaikan beranak ramai dan rapat:
1. Anak-anak lebih rapat antara satu sama lain. Anak-anak saya bermain bersama-sama, makan bersama-sama, mandi bersama-sama, belajar bersama-sama. Kebanyakan aktiviti mereka buat bersama.


2. Kerja ibu lebih mudah. Ya tak dapat dinafikan kerja ibu lebih mudah bila anak bersama-sama beraktiviti. Bayangkan anak-anak makan sedulang. Bukan kah lebih mudah unruk membasuh pinggan, membersihkan sisa makanan yang bersepah dan memujuk anak-anak untuk makan.
3. Jimat pakaian. Haaaa ni ramai yang akui kan. Baju kakak boleh pakai untuk adik juga. Mereka selalu pakai pakaian yang sama. Memandangkan saiz mereka pun lebih kurang kerana mereka lahir rapat-rapat.
4. Ibu dapat memberi tumpuan pada hal lain selepas anak membesar. Yes itulah target saya. Saya ingin melahirkan anak seramai mungkin sebelum umur 30 tahun. Kemudian perancangan saya, untuk memberi perhatian sepenuhnya pada tugas membesarkan dan mendidik anak-anak.
5. Anak-anak yang dilahirkan rapat, ayah ibu tak terasa fasa "anak kecil" yang mungkin dilalui oleh Ibu bapa yang beranak 4-5tahun sekali. Fasa menjaga anak waktu malam, menyalinkan lampin, membasuh najis anak menjadi rutin yang biasa.
6. Anak yang besar pun dah pandai membantu ayah ibu. Dan tugas menjaga anak-anak yang kecil menjadi lebih mudah.

Keburukan beranak ramai dan rapat:
1. Kemungkinan besar ibu masih belum cukup sihat untuk melalui fasa hamil dan melahirkan. Rahim wanita juga perlukan masa untuk pulih. Sangat disarankan ibu melahirkan dalam jarak 2-3 tahun melainkan ibu yakin berada dalam keadaan yang cukup sihat dan kandungan dan tahap kesihatan semasa hamil tidak berisiko.
2. Yes yang menghalang ibu bapa untuk beranak rapat adalah disebabkan kos. Hampir setiap tahun akan ada anak yang akan bersekolah dan kos hidup pun akan meningkat. Nasihat saya, setiap anak ada rezeki yang akan berikan sekali semasa mereka lahir. Dan alhamdulillah rezeki saya tidak pernah putus malah banyak kejayaan yang saya kecapi setiap kali saya hamil dan melahirkan. Apapun, tepuk dada lihatlah poket. Jika hidup dalam keluarga sederhana jangan lah bergaya dan berbelanja seperti orang kaya.
3. Ibu tidak sempat menyusukan anak secara eksklusif selama 2 tahun. Ehh, tapi jangan risau, ibu boleh tandem nursing. Hehee. Yang penting ibu perlu kiat semangat.
4. Anak ramai bermakna yang 'mengemas' pun ramai. Ibu perlu tetapkan disiplin dan peraturan di rumah supaya ibu kurang penat menguruskan kekemasan dan kebersihan rumah, kain baju dan sebagainya.
5. Sukar untuk menguruskan dan membawa anak-anak untuk makan dan jalan-jalan di khalayak ramai. Ibu ayah perlu kuatan mental dan fizikal yang hebat. Hihi. Tetapkan juga peraturan kekita keluar rumah. Cara kami? Saya akan pastikan anal-anak duduk di kerusi masinf-masing dan makan..! Dan jika berbelanja di pasaraya, semua anak-anak akan saya masukkan ke dalam troli untuk elakkan mereka berlari-lari. Banyakkk lagi cara yang ayah ibu boleh gunakan.
6. Kebiasaannya, bila seorang anak sakit (selsema/batuk/demam) anak-anak yang lain akan terjangkit sama. Sama keadaan seperti di taska kan. Oleh itu saya nasihatkan ayah ibu, pastikan anak anda mendapat vaksin dan pemakanan seimbang serta nutrisi tambahan untuk membina ketahanan badan dan mengurangkan risiko jangkitan. Pemberian supplemen inshaAllah sangat membantu.

Tips saya untuk menjadi ibu hebat, tak kira lah anak sedikit, atau anak ramai, atau anak sepuluh tahun seorang atau anak setahun seorang pun, jaga lah kesihatan anda. Ibu adalah tonggak keluarga. Ibu yang sihat, bertenaga, kurang stress alan membesarkan anak-anak yang hebat, cemerlang dari segi fizikal dan emosi.


Kami sekeluarga mengamalkan supplemen Shaklee. Supplemen untuk ayah, ibu dan anak-anak. Supplemen untuk keluarga.

Ibu Ayah hebat, hubungi saya untuk dapatkan konsultasi dan supplemen mengikut bajet dan keperluan anda.
Lyana mansor
Shaklee Master Coordinators
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jangan tak komen...