Persiapan awal anak ke 6. | Sembang Lyana

22 Ogo 2015

Persiapan awal anak ke 6.

Hahaha tajukkkk. Persiapan awal anak ke 6.

Terus terang, anak dah ramai ni takda lah se excited cam nak menyambut anak pertama kan. Hehehe. Tapi ibu tetap buat lah persiapan ala kadar. Maklum lah ada lagi baju-baju kakak abang yang boleh digunakan. Baju ni bercampur dengan baju gaun juga. Sebab tak tau lagi baby girl atau boy.


Tadaa.. Tak lah banyak tapi ada lah. 
Pampes pun beli saiz S terus. Sebab pengalaman yang lepas-lepas sampai kesudah pampes Newborn tak abis sebab baby cepat je besar kan (walaupun anak-anakku semua lahir kecik belaka). Kalau tak cukup, Cloth Diapers pun ada tapi kene cari dalam stor lah dulu. Hihi. Oh pampes takyah lah beria beli yang mahal-mahal, sebab baby baru lahir ni akan kerap sangat membuang. Hehehe.

Eh takkan ni je? Tak lah.. Kata pun persiapan awal kan.. Plan aku. 
1. Nak jahit baru dan bedung baby
2. Nak jahit sendiri mitten & booties
3. Nak jahit seluar baby
4. Nak jahit babynest 
*gambar dari group fb geng jahit.

Comel kannn

Yang dah beli dan akan beli:
1. Minyak baby amway. Best pakai ni
2. Plan nak try scrub dan sabun Tanamera. Orang kata best.
3. Bengkung, selalunya aku akan pakai bengkung traditional selang seli dengan Premium Beautiful. Hehe
4. Macam biasa lah. Set bersalin pasti lah Post Natal set Shaklee hehehe. Aku dah guna since bersalinkan anak ke 4, Aina. kiranya ni kali ke 3 berpantang dengan Shaklee. Sesuai untuk ibu bersalin normal dan czer.

Kawan-kawan yang bakal melahirkan. Apa persiapan u olls? Jom share.

Nak dapatkan Shaklee, meh hubungi Yana ye.

Lyana Mansor
Fb: Lyana Mansor
Whatsapp: 012-7470856

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jangan tak komen...