Apa itu MLM ? Beza Shaklee dengan MLM lain.. | Sembang Lyana

10 Sep 2015

Apa itu MLM ? Beza Shaklee dengan MLM lain..

Apa itu MLM, apa sebenarnya MLM
MLM


Assalammualaikum dan selamat pagi. 

Bila berbicara mengenai MLM ramai yang skeptikal dan menganggap perniagaan MLM Zalim, menindas, menipu.
Ya saya juga merasakan itu sebelum pembabitan saya dalam bisnes Shaklee, juga kerana pernah punya pengalaman pahit dengan syarikat MLM lain.

Pandangan saya mula berubah apabila semasa saya ingin mendaftar sebagai ahli, saya diberitahu bahawa untuk menjadi ahli Shaklee, saya hanya perlu membayar RM65 sahaja (ketika itu), tiada pakej-pakej pangkat tertentu dan tiada keperluan untuk membuat pinjaman.

Apa itu MLM?
MLM adalah singkatan kepada Multi Level Marketing, atau Pemasaran Berbilang peringkat. Konsep MLM secara amnya ialah sebuah organisasi yang terdiri daripada upline dan downline (yang membentuk network). Menjalankan perniagaan menjual/mengedarkan produk kepada pengguna.

Di dalam perniagaan MLM yang menepati konsep MLM sebenar, tidak ada istilah pairing, cari dua ahli sahaja, beli pangkat, yang ada ialah, upline perlu membantu seberapa ramai downline untuk berjaya sepertinya. Bergerak bersama untuk mengukuhkan organisasi. 

Bila organisasi semakin besar, semakin kukuh, maka banyaklah ganjaran-ganjaran yang akan diberikan oleh syarikat kepada pengedar-pengedar yang mencapai kriteria tertentu. Maka siapa yang kerja lebih, akan dapat lebih. The more you give, the more you get back. 

Adil kah?
MLM yang adil adalah MLM yang memerlukan semua orang bermula dari bawah. Dari sifar. Maka adil lah jika semua terpaksa belajar benda yang sama, pelan pemasaran, pengetahuan produk, kekuatan syarikat, kelebihan produk.

Dan MLM yang adil, pastinya tidak membezakan setiap pengedarnya samada pengedar biasa, pengedar perpangkat rendah, atau berpangkat sederhana terutama dari segi harga. Di Shaklee, harga ahli untuk keguanaan sendiri sama sahaja dengan harga ahli pangkat tertinggi, Master Coordinator, tiada beza. Yang membezakan adalah sejauh mana usaha dan keinginan untuk mengembangkan organisasi dan mencapai keperluan kenaikan pangkat untuk mencapai ganjaran-ganjaran yang diberikan oleh syarikat. Adil lah kan? Semua orang punya peluang yang sama untuk berjaya. 

Cerita lagi tentang MLM Shaklee? tunggu entry seterusnya ya..

Kebenaran kan mudah, tiada yang terselindung.

Nak join Shaklee, hubungi saya
Lyana Mansor
Shaklee Master Coordinator
D'Gems Empire
Whatsapp 019-7668945

1 ulasan:

komen jangan tak komen...