Elakkan sembelit semasa berpantang | Sembang Lyana

3 Sep 2015

Elakkan sembelit semasa berpantang



Ramai yang mengalami masalah sembelit  semasa berpantang. Lagi-lagi anda yang pertama kali bergelar ibu dan mengalami luka episiotomi.

Sembelit semasa berpantang memang menyiksakan. Saya sendiri pernah alaminya selepas melahirkan anak pertama dulu.

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa tips dan panduan kepada ibu-ibu dan bakal ibu untuk mengelakkan masalah sembelit selepas melahirkan nanti.

1. Minum air yang mencukupi
Dalam keadaan sihat, kita perlukan 8 gelas air sehari. Kini selepas melahirkan dan tentunya menyusukan bayi, anda perlukan lebih lagi. Minum lah air putih atau air herba yang disediakan ibu-ibu anda. Kebanyakan orang-orang tua akan menyukat pengambilan air bagi mengelakkan rahim kembang. Untuk mengatasi masalah itu, saya cadangkan anda minum segelas air setiap jam. 

2. Makan cukup serat
Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Antara buah yang boleh anda makan adalah betik dan oren. Dan sayur yang boleh anda amalkan sawi, lobak putih, pegaga. Serat membantu melancarkan pelawasan anda. Selain itu anda boleh dapatkan serat daripada oat, cereal dan minuman seperti horlick.

3. Jangan paksa..!
Jangan paksa najis untuk keluar. Anda akan lebih tersiksa jika dubur anda bengkak atau menjadi buasir. Bila sampai seru untuk membuang, duduklah di mangkuk tandas, tinggikan sebelah kaki dan tarik nafas melalui hidung dan hembuslah nafas melalui mulut. Bernafas lah dengan tenang dan panjang. Ingat.. Jangan paksa.

4. Makan pil lembutkan najis
Kebanyakan hopsital akan bekalkan anda pil lembutkan najis. Tetapi awas..! Jangan kerap amalkan kerana ia akan menyebabkan usus anda bergantung kepada pil tersebut untuk membuang. 

5. Bergeraklah
Bergeraklah. Jangan duduk atau baring sahaja semasa berpantang. Pergerakan anda akan membantu usus anda untuk bekerja juga. Jalan lah di sekitar rumah (bukan shopping complex yaaa).

6. Amalkan ostematrix
Selepas saya mengenali Shaklee, saya mengamalkan Ostematrix. Bukan sahaja untuk mengelakkan sakit-sakit badan selepas bersalin, mengurangkan kesakitan rengat malah Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu menggalakkan peristalsis usus dan sekaligus mengelakkan sembelit. Kini operasi membuang lebih lancar dan perut pun lebih selesa.

Ostematrix juga didatangkan bersama Post Natal set Shaklee (set bersalin). Cubalah sebotol, anda pasti jatuh cinta.
*ostematrix boleh diamalkan semasa dan selepas hamil, semasa berpantang dan sepanjang masa.



Khas untuk anda yang membeli Set Hamil atau Set Berpantang pada bulan September sahaja, sempena ulang tahun ke 100 Vitalea, Shaklee menawarkan SEBOTOL VITALEA EXTRA secara PERCUMA. 



Untuk dapatkan tawaran ini, sila hubungi saya

Fb:Lyana Mansor
D'Gems Empire




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jangan tak komen...