Sembang Lyana: Ogos 2015

23 Ogo 2015

Karaoke Halal

Assalammualaikum
Hehehe takda keje kan malam-malam ni. Saja nak share aktiviti kami suami isteri. 
karaoke.

Sejak awal perkahwinan lagi kami memang suka berkaraoke. Bukak laptop/google search lirik lagu yang kami nak nyanyi. Then en. Adam akan main gitar, aku nyanyi. Atau berduet lagu-lagu duet.

Best kan. Tak kisah lah suara sumbang ke ape ke takda sapa dengar, kita-kita aja dan anak-anak. Hihi. Yang penting.Kita  enjoy...!

Aku yakin korang pun ada aktiviti yang korang buat sama-sama ngan suami kan. Meh lah share. Kot lepas ni kami pun boleh buat gak.

Kesian en somi balik keje korang paksa main gitar kan. So sebelum pi keje soh telan dulu Vitalea 2 biji untuk energy dan balik keje tu jangan lah malas-malas naa sediakan secawan dua teh atau kopi. Hihi

With love,
Lyana mansor

22 Ogo 2015

Persiapan awal anak ke 6.

Hahaha tajukkkk. Persiapan awal anak ke 6.

Terus terang, anak dah ramai ni takda lah se excited cam nak menyambut anak pertama kan. Hehehe. Tapi ibu tetap buat lah persiapan ala kadar. Maklum lah ada lagi baju-baju kakak abang yang boleh digunakan. Baju ni bercampur dengan baju gaun juga. Sebab tak tau lagi baby girl atau boy.


Tadaa.. Tak lah banyak tapi ada lah. 
Pampes pun beli saiz S terus. Sebab pengalaman yang lepas-lepas sampai kesudah pampes Newborn tak abis sebab baby cepat je besar kan (walaupun anak-anakku semua lahir kecik belaka). Kalau tak cukup, Cloth Diapers pun ada tapi kene cari dalam stor lah dulu. Hihi. Oh pampes takyah lah beria beli yang mahal-mahal, sebab baby baru lahir ni akan kerap sangat membuang. Hehehe.

Eh takkan ni je? Tak lah.. Kata pun persiapan awal kan.. Plan aku. 
1. Nak jahit baru dan bedung baby
2. Nak jahit sendiri mitten & booties
3. Nak jahit seluar baby
4. Nak jahit babynest 
*gambar dari group fb geng jahit.

Comel kannn

Yang dah beli dan akan beli:
1. Minyak baby amway. Best pakai ni
2. Plan nak try scrub dan sabun Tanamera. Orang kata best.
3. Bengkung, selalunya aku akan pakai bengkung traditional selang seli dengan Premium Beautiful. Hehe
4. Macam biasa lah. Set bersalin pasti lah Post Natal set Shaklee hehehe. Aku dah guna since bersalinkan anak ke 4, Aina. kiranya ni kali ke 3 berpantang dengan Shaklee. Sesuai untuk ibu bersalin normal dan czer.

Kawan-kawan yang bakal melahirkan. Apa persiapan u olls? Jom share.

Nak dapatkan Shaklee, meh hubungi Yana ye.

Lyana Mansor
Fb: Lyana Mansor
Whatsapp: 012-7470856

21 Ogo 2015

Shopping barangan IKEA, kini lebih mudah.

Assalammualaikum semua.
Eh tajuk cam jakun gitu kan.. Maklum lah dah pindah Johor ni jauh dah dari IKEA.

Tapi sekarang bagi kami orang JB, shopping di IKEA kini lebih mudah. Thanks to my personal Shopper, Nik, yang akan ke IKEA setiap bulan. Yehaaa..

So ini lah yang sempat dirembat semasa pertama kami shopping dengan Nik. 

Total semua ni tak sampai RM100 pun u olls. Hampir semua barang-barang ini adalah barang promo. Hihihi. I loike..

Paling suka sebab dapat beli gelas dan cawan murah..!

Haaa murahhhh kan. Mana leh dapat murah camni hatta di pasar malam pun. (Eh yeke)

Ok lah. Jemput minum teh o aecawan dulu naaa. Nanti sambung update.

U olls yang nak shopping IKEA tu sale sampai 23 Ogos ni je tau. Kalau dok jauh jangan lah malas-malas cari personal shopper di facebook. InshaAllah mereka akan tolong dengan upah yang berpatutan.

Kalau nak dapatkan Shaklee pulak jangan segan-segan contact Yana ye
Lyana Mansor
Fb: lyana mansor
Whatsapp: 012-7470857


17 Ogo 2015

Multivitamin PERCUMA.. Siapa nak??

Cakkkk.. Mesti korang yang klik entry ni nakkan Multivitamin Percuma kan.
vitalea shaklee, multivitamin


Tahukah anda, mulai Mei2015 hingga October 2015 Shaklee Malaysia akan berikan anda Multivitamin PERCUMA bila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee dan membeli sebarang produk Shaklee semasa pendaftaran. Promosi ini bersempena ulang rahun ke 100 VITALEA, multivitamin pertama di dunia..!

Hmmm penting ke multivitamin ni? Ehhh of kos penting uuu. Multivitamin Shaklee, Vitalea lengkap dengan 28 mineral dan vitamin penting untuk keperluan harian tubuh anda. 

Tipu lahh kalau kita kata kita memang 100% menjaga makan, sentiasa menjaga riadah dan senaman, tidak terdedah pada pencemaran. Tak kan (sendiri jawab sila). Kalau jawapannya tidak, anda memang perlukan multivitamin. Ni paling cikai lah ni.



Jadi apa yang bestnya VITALEA shaklee ni?
1. Mencukupkan keperluan nutrisi harian anda.
2. Meningkatkan tenaga, membantu metabolisma makanan kepada tenaga.
3. Mengelakkan anda mengidam dan makan pelbagai makanan yang kurang sihat.
4. Memelihara kesihatan jantung.
5. Menegekalkan paras darah yang normal.
6. Mengurangkan mengantuk.
Dan pelbagai lagi manfaat.

Jadi untuk anda di luar sana yang nak dapatkan VITALEA secara PERCUMA jangan segan-segan hubungi saya.

Lyana mansor
Shaklee Master Coordinator 
Fb: Lyana Mansor
Whatsapp: 012-74708567

16 Ogo 2015

Anak ramai dan rapat: Keburukan dan kebaikan

Assalammualaikum
Malam ini saya nak share pro & cont beranak ramai dan rapat ni. Memandangkan ramai yang tanya, ramai yang kata susah, ramai juga yang kata semang dan ramai juga yang memandang rendah pada kami yang beranak ramai ini.



Kebaikan beranak ramai dan rapat:
1. Anak-anak lebih rapat antara satu sama lain. Anak-anak saya bermain bersama-sama, makan bersama-sama, mandi bersama-sama, belajar bersama-sama. Kebanyakan aktiviti mereka buat bersama.


2. Kerja ibu lebih mudah. Ya tak dapat dinafikan kerja ibu lebih mudah bila anak bersama-sama beraktiviti. Bayangkan anak-anak makan sedulang. Bukan kah lebih mudah unruk membasuh pinggan, membersihkan sisa makanan yang bersepah dan memujuk anak-anak untuk makan.
3. Jimat pakaian. Haaaa ni ramai yang akui kan. Baju kakak boleh pakai untuk adik juga. Mereka selalu pakai pakaian yang sama. Memandangkan saiz mereka pun lebih kurang kerana mereka lahir rapat-rapat.
4. Ibu dapat memberi tumpuan pada hal lain selepas anak membesar. Yes itulah target saya. Saya ingin melahirkan anak seramai mungkin sebelum umur 30 tahun. Kemudian perancangan saya, untuk memberi perhatian sepenuhnya pada tugas membesarkan dan mendidik anak-anak.
5. Anak-anak yang dilahirkan rapat, ayah ibu tak terasa fasa "anak kecil" yang mungkin dilalui oleh Ibu bapa yang beranak 4-5tahun sekali. Fasa menjaga anak waktu malam, menyalinkan lampin, membasuh najis anak menjadi rutin yang biasa.
6. Anak yang besar pun dah pandai membantu ayah ibu. Dan tugas menjaga anak-anak yang kecil menjadi lebih mudah.

Keburukan beranak ramai dan rapat:
1. Kemungkinan besar ibu masih belum cukup sihat untuk melalui fasa hamil dan melahirkan. Rahim wanita juga perlukan masa untuk pulih. Sangat disarankan ibu melahirkan dalam jarak 2-3 tahun melainkan ibu yakin berada dalam keadaan yang cukup sihat dan kandungan dan tahap kesihatan semasa hamil tidak berisiko.
2. Yes yang menghalang ibu bapa untuk beranak rapat adalah disebabkan kos. Hampir setiap tahun akan ada anak yang akan bersekolah dan kos hidup pun akan meningkat. Nasihat saya, setiap anak ada rezeki yang akan berikan sekali semasa mereka lahir. Dan alhamdulillah rezeki saya tidak pernah putus malah banyak kejayaan yang saya kecapi setiap kali saya hamil dan melahirkan. Apapun, tepuk dada lihatlah poket. Jika hidup dalam keluarga sederhana jangan lah bergaya dan berbelanja seperti orang kaya.
3. Ibu tidak sempat menyusukan anak secara eksklusif selama 2 tahun. Ehh, tapi jangan risau, ibu boleh tandem nursing. Hehee. Yang penting ibu perlu kiat semangat.
4. Anak ramai bermakna yang 'mengemas' pun ramai. Ibu perlu tetapkan disiplin dan peraturan di rumah supaya ibu kurang penat menguruskan kekemasan dan kebersihan rumah, kain baju dan sebagainya.
5. Sukar untuk menguruskan dan membawa anak-anak untuk makan dan jalan-jalan di khalayak ramai. Ibu ayah perlu kuatan mental dan fizikal yang hebat. Hihi. Tetapkan juga peraturan kekita keluar rumah. Cara kami? Saya akan pastikan anal-anak duduk di kerusi masinf-masing dan makan..! Dan jika berbelanja di pasaraya, semua anak-anak akan saya masukkan ke dalam troli untuk elakkan mereka berlari-lari. Banyakkk lagi cara yang ayah ibu boleh gunakan.
6. Kebiasaannya, bila seorang anak sakit (selsema/batuk/demam) anak-anak yang lain akan terjangkit sama. Sama keadaan seperti di taska kan. Oleh itu saya nasihatkan ayah ibu, pastikan anak anda mendapat vaksin dan pemakanan seimbang serta nutrisi tambahan untuk membina ketahanan badan dan mengurangkan risiko jangkitan. Pemberian supplemen inshaAllah sangat membantu.

Tips saya untuk menjadi ibu hebat, tak kira lah anak sedikit, atau anak ramai, atau anak sepuluh tahun seorang atau anak setahun seorang pun, jaga lah kesihatan anda. Ibu adalah tonggak keluarga. Ibu yang sihat, bertenaga, kurang stress alan membesarkan anak-anak yang hebat, cemerlang dari segi fizikal dan emosi.


Kami sekeluarga mengamalkan supplemen Shaklee. Supplemen untuk ayah, ibu dan anak-anak. Supplemen untuk keluarga.

Ibu Ayah hebat, hubungi saya untuk dapatkan konsultasi dan supplemen mengikut bajet dan keperluan anda.
Lyana mansor
Shaklee Master Coordinators
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856