Homemade Scrub Kopi | Sembang Lyana

3 Dis 2016

Homemade Scrub Kopi

Homemade Skrub Kopi

Assalammualaikum
Kalau u olls baru Google cara buat Scrub Kopi atau khasiatnya , mesti u olls dah baca post Yana di sini kan.. Khasiat Scrub Kopi

Kali ini Yana nak kongsikan dengan uolls resipi skrub kopi yang berbeza dari sebelum ni. U olls kene try tau.. kalau tak rajin boleh beli je yang dah siap. Ramai orang jual sekarag ni. Boleh try beli kat SINI. Best dan berkesan untuk kita yang tak bape rajin ni. hahahhaa

ok ni resipi Scrub kopi yang u olls wajib try

Resipi Skrub Kopi

1/2 cawan Serbuk kopi (yang ori tau, jangan nescafe pulak)
1 sudu makan Serbuk kayu manis
1/4 cawan minyak kelapa dara (kalau takda u olls hentam jelah minyak zaitun buat spegeti tu atau minyak zaitun untuk baby)
1/4 cawan gula perang

Cara bancuh scrub kopi

1. gaulkan kesemua bahan
2. simpan skrub kopi yang lebih di dalam peti ais untuk lebih tahan lama
3. campuran ini cukup sekali guna seluruh badan dan muka

Cara gunakan Skrub kopi

1. basahkan kulit
2. ambil segenggam skrub kopi dan ratakan pada badan dan muka
3. gosok secara membulat
4. biarkan kering selama 10-15minit
5. bilas skrub kopi dengan air suam atau air biasa.
6. gunakan sabun jika suka

Rasa apa lepas guna skrub kopi ni?

rasa lembut, moist, halus je kulit.
Yang paling ketara, kulit serta merta putih tau..
Sebab segala daki mak nenenk yang selama ni tertepek tu tertanggal sedikit demi sedikit.
Kalau rajin pakai, gojes lah u olls. hehehhee
eh.. jangan lupa gosok kat celah-celahan yang gelap tu kasi cerah sikit.

ok kalau dah try buat Skrub Kopi guna resipi ni tepek lah kat blog atau timeline fb u olls ya.
Jangan lupa tag dan Share post ni di facebook atau blog u olls tau.
thanks...!
XOXO

Lyana Mansor
Shaklee Johor Bahru
Whatsapp 0197668945
fb: Lyana Mansor 
Nak beli Scrub kopi?
Klik SINI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jangan tak komen...